Page 8 - BAB 6 REKA BENTUK HIASAN DALAMAN
P. 8

Elemen-elemen reka bentuk hiasan dalaman







                                   Ruang yang diisi dengan perabot atau dekorasi ialah ruang positif manakala ruang
           Ruang                   kosong ialah ruang negatif. Keseimbangan harus dikekalkan antara ruang positif

                                   dengan ruang negatif. Ruang dibahagikan kepada dua jenis, iaitu ruang dua dimensi
                                   yang meliputi lantai (termasuk panjang dan lebar) dan ruang tiga dimensi yang

                                   membentuk ruang hidup (termasuk panjang, lebar dan ketinggian).


                                   Elemen cahaya terbahagi kepada dua, iaitu semula jadi dan buatan manusia. Tanpa
           Cahaya                  elemen cahaya, elemen-elemen yang lain seperti warna, tekstur dan corak tidak

                                   akan mempunyai kesan sama sekali.




                                   Garisan melahirkan bentuk dan rupa serta bertanggungjawab untuk mewujudkan rasa
           Garisan                 harmoni, kontras dan perpaduan dalam ruang hidup. Garisan secara umumnya

                                   dikategorikan kepada tiga jenis iaitu mendatar, menegak dan dinamik.
   3   4   5   6   7   8   9   10