Page 12 - BM (JILID 2) TAHUN 3
P. 12

Membaca

                              Baju Kurung untuk Nabila

                Ibu Nabila baru pulang dari Kuantan, Pahang.

                Ibunya  telah  membelikan  sepasang  baju
                kurung Pahang berwarna biru untuk Nabila.
                Nabila membelek-belek label pada baju kurung

                tersebut.  Nabila  mencari  maklumat  tentang
                maksud simbol pada label tersebut.


                      Suhu

                      Angka 40 darjah Celsius menunjukkan suhu air yang disarankan.
                      Jika terdapat gambar tangan, pakaian tersebut hanya boleh dicuci
                      dengan tangan.
                                                                   Seterika
                      Pengeringan
                                                                   Simbol seterika dengan satu
                      Tanda silang pada simbol                     titik bermakna pakaian mesti
                      ini pula bermaksud pakaian                   diseterika dengan suhu rendah.
                      tersebut tidak boleh
                      dikeringkan dengan mesin.                    Pemerahan

                      Peluntur                                     Tanda silang pada simbol ini
                                                                   bermaksud pakaian tersebut
                      Tanda silang pada simbol
                      segi tiga bermaksud                          tidak boleh diperah.
                      jangan campurkan
                      peluntur pada cucian.














                       Aktiviti

                Membaca label dengan sebutan yang betul dan intonasi
                yang sesuai.

                    Nota    •  Bimbing murid membaca label.
             8      Guru    KB – Mensintesis                     BCB – Bacaan mekanis                BA2:
                    2.3.2   EMK: Nilai Murni – Menghargai                                             9
                      (i)
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17