Page 15 - BM (JILID 2) TAHUN 3
P. 15

Kata Ganda Separa

                                               Bermain Lelayang

                  Saiful  mengajak  Hanif  membuat  lelayang.  Mereka  telah
                  menyediakan bahan-bahan untuk membuat lelayang, iaitu dua
                  batang buluh yang diraut sebagai tetulang, benang, gam dan kertas.


                    Pada petangnya, mereka ke padang permainan untuk bermain
                  lelayang yang telah dihasilkan. Lelayang buatan mereka naik ke
                  langit setinggi-tingginya. Lelayang tersebut cantik ketika terbang

                  di langit yang berwarna kebiru-biruan. Rakan-rakan mereka
                  berlari-larian  mengejar  lelayang  sambil  bersorak-sorakan

                  gembira. Pengalaman menghasilkan sendiri lelayang menjadi
                  kenang-kenangan yang indah kepada Hanif dan Saiful.

                    Hanif  sangat  pandai                         Info Bahasa

                  mengawal (layang) ______               Kata ganda separa ialah kata yang menggandakan
                  di  langit  dengan  menarik            sebahagian sahaja kata dasar. Kata dasar terdiri
                                                         daripada kata tunggal atau kata berimbuhan.
                  (benang) ______ yang diikat            Kata ganda separa tunggal: bola - bebola
                                                         Kata ganda separa berimbuhan awalan: setinggi-tinggi
                  pada (gelung) ______.                  Kata ganda separa berimbuhan akhiran: sayur-sayuran
                                                         Kata ganda separa berimbuhan apitan: bersalam-salaman


























                         Aktiviti


                  Menggunakan kata ganda separa.
                Nota     •  Bimbing murid memahami penggunaan kata ganda separa mengikut konteks.
                Nota
                Guru     KB – Mencirikan                      Kontekstual – Menghubung kait      BA2:     11
                Gur
                    u
                 5.2.3   EMK: Nilai Murni – Kerajinan                                             13
                 5.2.3
                  (ii)
                  (ii)
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20