Page 16 - BM (JILID 2) TAHUN 3
P. 16
Kata Ganda Berentak
Enaknya Juadah Tradisional
Nabila: Wah, banyaknya juadah dijual di pasar tani ini!
Ibu: Ya, Nabila. Ibu hendak membeli kuih-muih
dan lauk-pauk tradisional.
Nabila: Saya hendak pengat pisang dan rendang tok.
Ibu: Boleh, Nabila. Pilihlah makanan yang Nabila suka.Usah
tergopoh-gapah.
Nabila: Baiklah. Terima kasih, ibu.
Ibu: Walaupun pengunjung mundar-mandir dan suasana
riuh-rendah, namun orang ramai tetap datang ke pasar
tani ini.
Nabila: Hal ini mungkin disebabkan di sini terdapat
banyak juadah tradisional.
Ibu: Ya, Nabila. Juadah tradisional ini telah
menjadi warisan turun-temurun.
rendang tok
kuih-muih
lauk-pauk Kata ganda yang mempunyai ciri-ciri
persamaan pada bunyi-bunyi vokal.
gopoh-gapah
mundar-mandir Kata ganda yang mempunyai ciri-ciri
persamaan pada bunyi-bunyi konsonan.
riuh-rendah
turun-temurun Kata ganda yang tidak mempunyai ciri-ciri
persamaan pada bunyi vokal dan konsonan.
Info Bahasa
Kata ganda berentak ialah kata yang menggandakan kata
dasar mengikut rentak bunyi tertentu. Seluruh kata dasar
digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah.
pengat pisang Kata ganda berentak dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu kata
ganda berentak pengulangan vokal, kata ganda berentak
Aktiviti pengulangan konsonan dan kata ganda berentak bebas.
Membina ayat menggunakan kata ganda berentak.
Nota • Bimbing murid mengenal pasti kata ganda berentak mengikut konteks.
12 Guru KB – Mencirikan Kontekstual – Menghubung kait BA2:
5.2.3 EMK: Nilai Murni – Kasih sayang 14
(iii)

