Page 56 - BM (JILID 2) TAHUN 3
P. 56
Membaca
Salutan Nano
Hanif tertarik akan penggunaan salutan nano dalam penternakan
madu kelulut milik Encik Imran.
Penyemburan salutan nano Peralatan penternakan
pada sarang kelulut madu kelulut
Encik Imran seorang penternak madu kelulut. Beliau telah
menggunakan teknologi salutan nano dalam penternakan
madu kelulutnya.
Salutan nano ialah lapisan nipis yang menyaluti permukaan
kotak sarang kelulut. Lapisan itu menghalang pertumbuhan kulat
dan bakteria.
Salutan nano juga dapat mengelakkan pembaziran madu.
Keadaan itu disebabkan tiada lagi madu yang akan dibuang
akibat pembiakan kulat. Hal ini dapat menambah pendapatan
perusahaan madu kelulut beliau.
Teknologi dan inovasi tersebut ialah satu cara untuk
meningkatkan pengeluaran. Seterusnya, cara ini dapat
mengembangkan keluaran madu kelulut Encik Imran.
(Sumber: Nano Malaysia Berhad)
Idea keseluruhan teks
adalah tentang _____. Info
Salutan nano – lapisan nipis yang menyaluti
permukaan pepejal untuk mencegah pertumbuhan kulat
Aktiviti Kelulut – sejenis serangga kecil seperti tebuan
IMBAS SAYA
Menyatakan idea keseluruhan berdasarkan teks.
Nota • Bimbing murid membaca, memahami dan mengecam maklumat dalam teks.
52 Guru KB – Menjana idea Konstruktivisme – Menerangkan dan BA2:
2.2.1 EMK: Nilai Murni – Kerajinan menjelaskan idea baru 56
(iii)

