Page 60 - BM (JILID 2) TAHUN 3
P. 60

Kata Perintah

                                                 Usah Dibuang

                Hanif  ke  kandang  ternakan  kambing  pak  longnya.  Dia  hairan
                kerana tiada bau hamis di kawasan sekitar.
                 Hanif:      Mengapakah kandang kambing pak long tidak berbau seperti
                             kandang kambing yang lain?
                 Pak Long: Oh,  pak  long  menggunakan  batang  jagung  untuk  makanan
                             ternakan pak long! Ambilkan pak long tong yang kecil itu.
                             Hati-hati membawanya, jangan terjatuh.
                 Hanif:      Apakah yang ada di dalamnya, pak long?
                 Pak Long: Inilah makanan ternakan kambing pak long. Pak long membuatnya
                             daripada batang jagung.
                 Hanif:      Pak long, tolong terangkan cara-caranya.
                 Pak Long: Boleh, Hanif. Sila lihat mesin ini. Ini mesin meracik. Mula-mula,     ____










                sila                                            minta


                            ambil – mesin meracik                              pekerja masukkan










                tolong                                            usah


                                 tambahkan aditif                               proses pemeraman

                                                     (Sumber: Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI))
                           Info
                                                                  Info Bahasa
                  Aditif ialah bahan tambahan yang
                  dimasukkan ke dalam makanan           Kata perintah ialah perkataan yang boleh menimbulkan
                  ternakan yang bertujuan untuk         tindak balas terhadap:
                  menggalakkan tumbesaran ternakan.     larangan: jangan, usah (menegah seseorang melakukan sesuatu)
                                                        permintaan: tolong, minta, harap (memohon pertolongan dan
                       Aktiviti                         membuat permintaan)
                                                        silaan: sila, jemput (mempersilakan seseorang)
                Membina ayat menggunakan kata perintah dan frasa.
                    Nota    •  Bimbing murid mengenal pasti kata perintah.
             56     Guru    KB – Menjana idea                     Kontekstual – Mengaplikasi         BA2:
                     5.1.4  EMK: Nilai Murni – Kerajinan                                              60
                      (v)
   55   56   57   58   59   60   61   62   63   64   65