Page 59 - BM (JILID 2) TAHUN 3
P. 59

Kata Tanya

                        Udang Galah Air Bukit

                  Hanif  dan  bapanya,  Encik  Salim,
                  ke  kolam  ternakan  udang  galah

                  yang menggunakan air bukit.




                  Encik Salim:  Apa khabar, Encik Izam?
                                   Bagaimanakah ternakan

                                   udang galah?
                  Encik Izam:  Khabar baik, Encik Salim. Perusahaan saya semakin maju.
                  Hanif:           Berapakah jumlah kolam pak cik sekarang?

                  Encik Izam:  Pak cik ada 14 buah kolam.
                  Hanif:           Oh, banyaknya! Pak cik, dari manakah punca air

                                   kolam ini?
                  Encik Izam:  Air kolam ini diperoleh dari bukit.
                  Hanif:           Mengapakah pak cik menggunakan air bukit?

                  Encik Izam:  Air bukit tiada klorin dan tidak perlu dirawat.
                  Hanif:           Udang galah di sini makan ____, pak cik?

                  Encik Izam:  Udang galah makan hidupan seni di dalam kolam.
                  Hanif:           ____ penjagaan udang galah di dalam kolam ini?
                  Encik Izam:  Udang  galah di sini tidak memerlukan  penjagaan

                                   rapi seperti kolam biasa. Udang membesar secara
                                   semula jadi.

                  Encik Salim:  Baiklah, Encik Izam. Kami minta diri dahulu. Terima
                                   kasih atas maklumat yang diberikan.



                                                   Info Bahasa
                                          Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu.
                                          Contoh: mengapa, berapa, bila, bagaimana, mana, apa
                         Aktiviti         Contoh ayat: Apa khabar, Encik Izam?


                  Menggunakan kata tanya untuk melengkapkan teks.
                Nota     •  Bimbing murid  mengenal pasti kata tanya.
                Guru     KB – Menghubung kait                 Kontekstual – Mengaplikasi         BA2:     55
                 5.1.4   EMK: Nilai Murni – Kerajinan                                             59
                  (iv)
   54   55   56   57   58   59   60   61   62   63   64