Page 3 - PAPAN SUIS UTAMA VOLTAN RENDAH
P. 3
Fungsi PSU (MSB)
i. Menerima bekalan.
ii. Mengagih bekalan.
iii. Mengawal bekalan.
iv. Memberi perlindungan. 3
2. Keselamatan.
Dalam menjalankan tugas terutama mengendali Papan Suis Utama bagi sesuatu bangunan atau
komplek, perkara yang penting sekali perlu diingat adalah tentang keselamatan nyawa dan
harta-benda, oleh sebab itu beberapa undang-undang telah dikuatkuasa seperti ST (Suruhanjaya
Tenaga), IEE dan lain-lain lagi. Kesemua undang-undang tersebut mementingkan satu perkara
iaitu “ KESELAMATAN NYAWA DAN HARTABENDA”.
Beberapa perkara yang mustahak yang perlu diberikan penekanan adalah :-
1. Bilik Suis hendaklah terletak di tempat yang sesuai dari segi keselamatan
dan kedudukkan beban-beban elektrik yang akan dipasangkan kepada Papan Suis
Utama.
2. Saiz-saiz Papan Suis Utama dan kabel-kabel masuk dan keluar adalah mencukupi untuk
membawa beban elektrik yang telah dirancang dan juga pemasangan jangka-jangka
berkaitan yang disediakan untuk menunjukkan penggunaan beban, voltan dan
sebagainya.
3. Alat-alat perlindungan tersedia untuk menjaga keselamatan pepasangan dan juga
keselamatan pengendalian pepasangan semasa kerosakan.
4. Litar-litar akhir perlu disusun dan dibahagikan di papan-papan agihan supaya bahagian
yang rosak ataupun yang memerlukan penyenggaraan, boleh diasingkan daripada sistem
elektrik dengan mudah dan senang hendak disenggarakan.
5. Peralatan-peralatan elektrik yang digunakan adalah dari jenis yang bermutu dan telah
diluluskan penggunaannya oleh Pejabat Ketua Pengarah Suruhanjaya Tenaga.
Penempatan pepasangan-pepasangan elektrik perlulah dirancang dari segi keselamatan
pepasangan dan pengguna dengan mengambil perhatian tentang kelegaan tempat kerja
untuk menjalankan kerja-kerja penyenggaraan dengan mudah dan selamat.

