Page 4 - PAPAN SUIS UTAMA VOLTAN RENDAH
P. 4
3. Jenis-jenis Papan Suis Utama.
JENIS-JENIS PAPAN SUIS UTAMA (MAIN SWITCH BOARD)
4
Open Type Switch Board
Switch Board open type mempunyai bahagian pembawa arus terdedah dibahagian hadapannya.Oleh itu
ianya tidak digunakan bagi pemasangan voltan rendah,Cuma ia tertumpu bagi pepasangan voltan
lampau rendah. Namun begitu ianya mestilah dipasang di bilik suis khas atau tertutup dan hanya orang
yang bertanggungjawab sahaja boleh mengendalikan suis board ini.
Ruang bahagian hadapan dan belakang suis board,juga lantai tidak mempunyai sebarang halangan
supaya mudah dikendalikan.Semua bahagian yang hendak dikendalikan mestilah mudah
dimasuki.Semua konduktor yang terdedah perlu dilindungi untuk mengelakkan kemalangan litar pintas
Protected Type Switch Board
Iaitu dimana semua konduktor dilindungi dengan logam atau penutup lain sama ada dari metalcubical
panel atau dari rangka besi yang dipasang dengan suis gear metal clad.Lazimnya ia mengandungi suis
utama,pemutus litar dan busbar atau fius untuk mengawal litar keluar,kadar fius atau pemutus litar
diselaraskan untuk mengawal kabel yang disambungkan,Jika kabel sub main berkadar 100 amp,maka
kadar alat pelindung lebihan arus mestilah tidak melebihi 100 amp
Setiap litar mestilah dilindungi dari kuasa berlebihan dengan menggunakan alat pemutus yang sesuai
atau pemutus litar automatik.ia mestilah berkeupayaan beban berlebihan pada litar automatik.ia
mestilah berkeupayaan beban berlebihan pada litar dan boleh memutuskan litar berkenaan kerap kali
tanpa bahaya apabila berlaku litar pintas.walaupun alat perlindung berkeupayaan memutuskan litar
dengan cepat semasa berlaku litar pintas,ianya mestilah mempunyai ciri-ciri keupayaan supaya tidak
berfungsi semasa berlakunya beban lebihan sementara
Umumnya, ada tiga ( 3 ) jenis Papan Suis Utama yang biasa digunakan iaitu :
a. Jenis Wall Mounted = untuk pemasangan yang kecil sehingga 100A.
(melekat di dinding)
b. Jenis pedestal = untuk pemasangan yang sederhana ( mempunyai kaki ).
c. Jenis cubicle = untuk pemasangan – pemasangan yang besar.
Jenis wall mounted / melekat di dinding

