Page 22 - HAIWAN AJAIB DAN TEMPAT DITEMUI: BUKU SKRIP
P. 22

25 October 2019 11:34 AM










                                           PENGHARGAAN





                     Tanpa kesabaran dan kebijaksanaan Steve Kloves dan
                     David Yates, tidak mungkin akan ada lakon layar Fantastic
                     BUKU SKRIP - HAIWAN AJAIB DAN TEMPAT DITEMUI
                     Beasts. Saya memberikan setinggi-tinggi penghargaan
                     bagi setiap nota, setiap galakan, setiap penambahbaikan
                     yang dicadangkan. Belajar ‘memadankan wanita dengan
                     pakaian’, seperti ungkapan abadi Steve, merupakan suatu
                     pengalaman yang mengagumkan, mencabar, menjengkelkan,
                     menggembirakan, membangkitkan kemarahan, dan akhirnya
                     memberi pengalaman yang memuaskan yang tidak ada
                     tukar gantinya. Tidak mungkin saya dapat melakukannya
                     tanpa mereka.


                       David Heyman telah bersama-sama saya sejak awal
                     peralihan Harry Potter ke layar perak, dan Fantastic Beasts
                     akan menjadi tidak terbayangkan teruknya tanpa beliau.
                     Ini telah menjadi suatu perjalanan yang jauh sejak makan
                     tengah hari pertama yang mendebarkan di Soho, dan beliau
                     pada masa ini mencurahkan semua pengetahuan, dedikasi
                     dan kepakaran yang dibawanya kepada Harry Potter.


                       Tidak mungkin akan ada francais Fantastic Beasts tanpa
                     Kevin Tsujihara. Meskipun saya telah membawa bibit idea
                     untuk Fantastic Beasts sejak tahun 2001, iaitu semasa saya
                     menulis buku pertama bagi tujuan amal, Kevinlah orang
                     yang meyakinkan saya untuk membawa cerita Newt ke layar
                     perak. Sokongannya begitu tidak ternilai dan beliau wajar




                                                271




                                                                    271Haiwan Ajaib dan Tempat Ditemui
   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27