Page 7 - (KBA1005) SEKOLAH KEBANGSAAN LUBOK BUNTAR
P. 7
SEJARAH SEKOLAH
(1)
Sekolah Kebangsaan Lubok Buntar bermula dengan namanya Sekolah Melayu Lubok Buntar.
Dibina dalam tahun 1926, Sekolah Melayu Lubok Buntar merupakan sebuah bangunan batu dua
tingkat dengan tingkapnya diperbuat daripada anyaman bertam yang berbingkai kayu.
Sekolah Melayu Lubok Buntar dibuka pada tahun 1927 dengan stafnya seramai empat orang,
seorang Guru Besar dan tiga orang guru penolong. Guru besarnya ialah Encik Ayub bin Haji Mat
Akib berkelulusan dari Teacher’s College, Malacca sementara guru-guru yang lain adalah guru-
guru tanpa latihan (untrained). Mereka ialah Encik Puteh bin Mohd Shariff, Tuan Haji Noh bin
Penghulu Jusoh dan Encik Saad bin Ahmad.
Semasa Sekolah Melayu Lubok Buntar dibuka, murid-muridnya terdiri daripada murid-murid lelaki
dan perempuan. Tetapi pada tahun kedua (1928), murid-murid perempuan terpaksa
diberhentikan persekolahan mereka kerana tidk dibenarkan bersama-sama belajar dengan murid-
murid lelaki. Perkara ini berlaku setelah sekolah ini dilawati oleh seorang Ulamak (Syaikul Islam)
Kedah yang bernama Wan Sulaiman. Beliaulah yang membuat bantahan tentang perkara tersebut
(system co-ed). Menurutnya, murid-murid perempuan hanya boleh belajar semula setelah ada
guru perempuan yang mengajar mereka.

