Page 9 - (KBA1005) SEKOLAH KEBANGSAAN LUBOK BUNTAR
P. 9
SEJARAH SEKOLAH
(3)
Begitulah perjalanan Sekolah Melayu Lubok Buntar sehingga tercetusnya Perang Dunia Kedua
pada tahun 1941.
Pada tahun 1935 apabila Guru Besar yang pertama, Encik Ayub bin Haji Mat Akib bersara, beliau
digantikan oleh Guru Besar kedua, Encik Mat Din bin Mat.
Semasa pemerintahan Jepun, sekolah ini dijadikan markas sementara tentera Jepun untuk
beberapa bulan. Pada akhir tahun 1942, Sekolah Melayu Lubok Buntar dibuka semula.
Nama sekolah-sekolah di Tanah Melayu/Malaysia bertukar dari masa ke semasa. Begitu jugalah
dengan sekolah ini; dari sekolah Melayu Lubok Buntar kepada Sekolah Umum Lubok Buntar dan
seterusnya selepas kemerdekaan kepada Sekolah Kebangsaan Lubok Buntar.
Pada masa sekarang, Sekolah Kebangsaan Lubok Buntar yang terdiri dari Bangunan Asal dan tiga
bangunan yang lain berdiri megah di pekan Lubok Buntar yang warganya terdiri dari seorang Guru
Besar, 3 orang Penolong Kanan, 31 orang Guru Penolong, 3 orang staff sokongan dan 435 orang
murid.

