Page 8 - (KBA1005) SEKOLAH KEBANGSAAN LUBOK BUNTAR
P. 8
SEJARAH SEKOLAH
(2)
Apabila sekolah ini mula dibuka, ia hanya ada tiga kelas ‘0’ (sifar). Mengikut system persekolahan
pada masa itu, hanya murid-murid yang lulus dinaikkan darjah iaitu ke Darjah Satu dan
seterusnya. Murid-murid yang tidak lulus dikekalkan di kelas 0 dan seterusnya.
Tiada had umur untuk memasuki sekolah pada masa itu. Oleh itu, tidak hairanlah ada murid-
murid yang berumur 6 tahun, 7 tahun bahkan yang berumur sebelas tahun dalam kelas 0.
Dalam tahun 1930, Sekolah Melayu Lubok Buntar dibekalkan dengan dua orang guru tambahan.
Mereka ialah Encik Arof bin Saad dan Encik Mohamad bin Mat Saman. Pada masa itu telah ada
enam kelas iaitu Kelas 0 hingga Darjah Lima.
Mulai tahun 1929, waktu persekolahan terbahagi kepada dua sesi iaitu dari jam 7.00 pagi hingga
12.30 tengah hari dan dari 2.00 petang hingga 4.00 petang.Sesi petang ialah untuk Kelas Quran
Tajuwid dan Fardhu Ain. Guru-guru yang mengajar pada sesi petang ialah Encik Yusof, Encik Khalid
dan Encik Nasir.

