Page 1 - TAKWIM SK BANDAR HILIR 2020
P. 1

MOTTO  :   KESABARAN DAN KETEKUNAN PUNCA KEJAYAAN



                                          Assalamualaikum  w.b.t. dan Salam Sejahtera.

                                          “Melaka Berwibawa”
                                          “Pintar, Hijau, Bersih”
                                          “Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera”
                                          “#Satu Hati, Satu Matlamat #One Heart, One Goal”

                                          Warga guru SK Bandar Hilir yang dihormati sekalian;

                                          Sebagai pendidik kita semua dituntut untuk melengkapkan diri dengan
               pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran selaras dengan kemajuan ICT dalam era globalisasi yang
               semakin mencabar.  Kita semua bertanggungjawab untuk melahirkan generasi berilmu, berketrampilan
               dan berakhlak mulia seperti termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) serta Visi
               Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) : Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera.
               Sebagai seorang guru yang sudah melangkah ke dalam dunia pendidikan, kita seharusnya faham intipati
               FPK dan bersedia untuk sebarang transformasi dan ledakan ilmu pada masa kini, di mana menghendaki
               guru berperanan untuk melahirkan kemenjadian murid secara holistik dari segi spiritual, mental, fizikal,
               intelektual dan sosial.

                      Guru  juga  perlu  lebih  inovatif  dengan  idea-idea  baharu  yang  boleh  diperbaharui  serta  bersedia
               menjadi  guru  minda  kelas  pertama.    Antara  ciri  guru  minda  kelas  pertama  adalah  reflektif  kepada  diri
               sendiri,  bersikap  fleksibel  dan  proaktif,  berfikiran  matang,  berilmu  pengetahuan,  mempunyai  ciri
               kepimpinan,  menjadi  suri  teladan  serta  sentiasa  berpusatkan  kepada  murid.    Peranan  guru  menjadi
               semakin kompleks dan mencabar dalam merealisasikan hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
               (PPPM).    Hasrat  PPPM  adalah  untuk  meningkatkan  status  pendidikan  negara  di  mata  dunia  supaya
               selaras  dan  sejajar  dengan  perkembangan  yang  berlaku  di  negara  lain,  dan  seterusnya  dapat  menjadi
               penanda aras di peringkat antarabangsa.

                      Sebagai Peneraju Utama SK Bandar Hilir, besarlah harapan saya agar semua warga sekolah turut
               menghayati  PPPM  yang  mengandungi  5  aspirasi  sistem,  6  aspirasi  murid  dan  11  anjakan  utama.
               KPM  telah  merangka  pelan  pendidikan  yang  pragmatik  ini  agar  dapat  direalisasikan  sepenuhnya  demi
               melonjakkan kualiti pendidikan negara ke tahap bertaraf dunia. Pembelajaran Abad 21 serta penekanan
               kepada pendidikan Sains, Teknologi, Engineering dan Matematik (STEM) berjalan seiringan dalam sistem
               pendidikan negara kita.

                      Membudayakan STEM dan Kemahiran Berfikir di sekolah adalah salah satu transformasi dalam
               pendidikan  sekarang  bagi  memastikan  murid  dapat  berfikir  dengan  lebih  kritis  dan  inovatif  untuk
               menyelesaikan masalah dan cabaran dunia luar apabila terlibat dalam bidang pekerjaan.  Guru dan murid
               perlu bersedia untuk berubah dalam pengajaran dan pembelajaran seiring dengan perubahan set minda
               pentadbir.    Perubahan  memerlukan  kerjasama  semua  pihak.    Penglibatan  ibu  bapa  juga  perlu  dalam
               menyokong kepada pendekatan ini.  Adalah diyakini bahawa dengan kerjasama dan komitmen dari semua
               pihak;  pegawai  pendidikan,  pentadbir,  guru,  murid,  ibubapa,  komuniti  setempat  dan  agensi  swasta;
               kita akan  mampu menangani segala isu berkaitan pendidikan secara lebih rasional, kreatif dan berinovatif,
               selaras dengan slogan SKBH “Satu Hati Satu Matlamat # One Heart One Goal, in shaa Allah.


               Selamat Maju Jaya.  Wassalam.


               "BERKHIDMAT UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA"
               “PENDIDIKAN BERKUALITI, INSAN TERDIDIK, NEGARA SEJAHTERA”
               “ABOVE AND BEYOND OTHERS”

               Saya yang menjalankan amanah,

               ...........................................
               (PN. ASNAH BINTI HAMID)
               Guru Besar SK Bandar Hilir


                  #Satu Hati, Satu Matlamat #One Heart, One Goal                                                                                            Page 1
   1   2   3   4   5   6