Page 3 - AKRONIM SEJARAH SPM TINGKATAN 4 DAN 5
P. 3

Maksud Tamadun, Ciri Tamadun & Lokasi Tamadun :


                        Tamadun berasal perkataan bahasa Arab iaitu :
                        •     Mudun, Madain dan Madana

                        •     Bahasa Inggeris (Civilazation),
               T        •     Bahasa Greek (Civitas- Bandar)    Bahasa Melayu (Peradaban).


              A         Agama dan kepercayaan antara ciri tamadun seperti Sembah banyak tuhan (politiesme) dan menyembah unsur-unsur alam (animisme).


             M          Madana bermaksud tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar. (TP)


                        Antara ciri utama tamadun:  (2POTAK)

                        •     Petempatan kekal ialah kehidupan secara menetap membawa kepada corak hidup yang lebih sistematik.
                        •     Pemerintahan dan pentadbiran untuk menjalankan pentadbiran yang diketuai oleh raja yang mendakwa dirinya sebagai wakil tuhan


                        •     Organisasi sosial mampu mengatur cara hidup manusia untuk memastikan kestabilan dan kemakmuran hidup
                        •     Tulisan dan Bahasa memainkan peranan penting dalam penyebaran ilmu pengetahuan dan perhubungan di dalam masyarakat. Antara tulisan
                              Cuneiform dan Hieroglif. Bahasa antaranya Bahasa Yunani dan Sanskrit
              A         •     Pengkhususan kerja membawa kepada kemakmuran dan kestabilan politik membawa kepada peningkatan ekonomi


                        Di tepi sungai utama tamadun bermula kerana :
                        •     Kesuburan tanah untuk pertanian

                        •     Bekalan air untuk minuman dan kehidupan harian sperti memasak

                        •     Bekalan makanan untuk sumber protein iaitu ikan
              D         •     Pengangkutan & perhubungan.


                        Untuk pandangan sarjana Barat  tamadun ialah kemajuan lahiriah.
              U         Manakala menurut sarjana Islam, tamadun merangkumi Pembangunan lahiriah dan rohaniah


                        Nama empat tamadun awal dunia iaitu Mesir Purba (Sg. Nil, Mesopotamia (Sg. Tigris & Sg. Euphrates), Indus (Sg. Indus) & Hwang Ho
              N         ( Sg. Hwang Ho/ Sg. Kuning).
   1   2   3   4   5   6   7   8