Page 6 - AKRONIM SEJARAH SPM TINGKATAN 4 DAN 5
P. 6

Tamadun Mesopotamia :

                                                     Maksud, Proses pembentukan, Ciri-ciri & Sumbangan



                 M         Mesopotamia daripada perkataan bahasa Yunani bermakna tanah di antara dua sungai.


                  E        Epik Gilgameshhasil sastera tertua di dunia dan menceritakan hal pemerintahan, percintaan, kesaktian &
                           kehidupan kekal abadi.


                  S        Sungai Tigris dan Sungai Euphrates adalah lokasi kemunculan tamadun.

                 O         Orang Parsi menguasai wilayah Mesoporamia membawa keruntuhan tamadun.


                  P        Pintu gerbang dibina sebagai lambang kekayaan dan pusat ibadat di Zigurat.

                 O         Organisasi sosial:

                              ➢          Golongan pemerintah (raja, ketua pendeta, ketua tentera & bangsawan)


                              ➢          Golongan rakyat (rakyat & hamba).


                  T        Tulisan adalah cunieform untuk merekod maklumat, perundangan, perniagaan, perdagangan &

                           pentadbiran.

                  A        Akkad, Babylon, Ur (ABU) antara negara kota dan membentuk petempatan kekal.

                 M         Mencipta roda untuk kereta kuda (peperangan) dan kincir air.


                  I        Institusi pemerintahan beraja berbentuk teokrasi iaitu raja dianggap sebagai tuhan atau wakil tuhan.

                  A        Antara sumbangan : (TIKUS) Tulis cuneiform, ilmu astronomi membawa kepada penciptaan kalender, Kod

                           Undang-undang Hammurabi, Ubat dikatalog, disampelkan dan Sains dan teknologi iaitu penciptaan roda.
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11