Page 4 - AKRONIM SEJARAH SPM TINGKATAN 4 DAN 5
P. 4
Mengapakah proses pembentukan tamadun utama dunia bermula di lembangan
sungai?
S Sumber makanan mudah diperolehi contohnya ikan sebagai bekalan
protein.
U Usaha membina pelabuhan untuk membolehkan aktiviti perdagangan
dijalankan dan sebagai jalan pengangkutan serta perhubungan.
Nomad tidak lagi diamalkan kerana petempatan kekal dibuka di atas tanah
N yang rata.
G Giat menjalankan aktiviti pertanian kerana tanah subur sesuai untuk
bercucuk tanam seperti menanam padi.
Air yang banyak digunakan dalam aktiviti seharian seperti memasak dan
A minuman.
I Iklim iaitu cuaca sejuk sesuai untuk didiami oleh manusia.

