Page 45 - AKRONIM SEJARAH SPM TINGKATAN 4 DAN 5
P. 45

Maksud dan ciri-ciri Zaman Gelap.






                                   Zaman Gelap bermaksud Eropah mengalami zaman kemerosotan dalam


                                   pelbagai bidang seperti ilmu pengetahuan, perdagangan dan kehidupan
                          Z        perbandaran. Berlaku selepas kejatuhan tamadun Rom.



                                   Awal zaman pertengahan berlaku zaman gelap yang terbahagi kepada tiga
                         A         peringkat iaitu peringkat awal, peringkat kemuncak dan peringkat akhir.



                                   Munculnya golongan baron (tuan tanah), runtuhnya kuasa pusat, penggunaan

                        M          mata wang terhad dan kemerosotan hidup di bandar antara ciri zaman gelap.



                                   Antara lain ciri zaman gelap ialah terdapat golongan hamba, pembentukan
                         A         sistem feudal, gereja katolik amat berkuasa dan memiliki banyak harta.



                                   Nasihat untuk mengelakkan zaman gelap berlaku di ialah pelihara perpaduan


                                   kaum, kuatkan pegangan agama, patuhi undang-undang negara, berilmu

                                   pengetahuan tinggi, jati diri yang kukuh, cinta akan negara dan memilih
                         N         pemimpin berwibawa.
   40   41   42   43   44   45   46   47   48   49   50