Page 46 - AKRONIM SEJARAH SPM TINGKATAN 4 DAN 5
P. 46
Faktor dan kesan Renaissance di Eropah.
R Renaissance bermaksud kelahiran semula, renisciment (bahasa Itali), bermula di Itali dan penghargaan
semula ilmu tamadun Rom dan Yunani.
E Eropah bermulanya Renaissance kerana peranan pedagang kaya iaitu patron seperti keluarga Medici.
N Niccolo Machiavelli, Francesco (Bapa humanisme) dan Giovanni Bocaccio antara faktor kemunculan
Renaissance di Eropah.
A Agama,budaya dan bahasa yang bertembung membawa kepada percambahan idea.
I Itali dikelilingi laut Mediterranean dan pusat persimpangan perdagangan antarabangsa membawa
kepada kemunculan Renaissance di Eropah.
S Semangat inkuiri iaitu sifat ingin tahu bagi mengatasi masalah dan berani mencuba sesuatu yang baharu.
S Semangat individualisme para cendikiawan, seniman dan saintis seperti Leonardo da Vinci.
A Antara kesan Renaissance adalah kemajuan ilmu pelayaran seperti matematik dan kegiatan penjelajahan
iaitu orang Eropah ke Asia Tenggara.
N Nilai ilmu sains berkembang pesat contohnya biologi, fizik dan kimia.
C Cuba dan yakin diri untuk menjelajah. Malah muncul manusia renaissance guna akal bagi atasi masalah.
E Ekonomi sara diri semakin pupus kerana perkembangan pesat sistem perdagangan tempatan dan
antarabangsa.

