Page 47 - AKRONIM SEJARAH SPM TINGKATAN 4 DAN 5
P. 47
Reformation :Maksud, Sebab dan Kesan
R Reformation berasal daripada perkataan reform bermaksud melakukan perubahan terhadap sesuatu
yang lebih baik.
E Eropah tempat berlakunya gerakan Reformation kerana pengaruh agama kristian terhadap gereja katolik.
F Faktor Reformation adalah :
• kelemahan institusi gereja contohnya gejala rasuah,
• gaya hidup paderi yang mewah seperti bangsawan,
• penjualan sijil indulgences iaitu sijil pengampunan dosa.
O Old Testement dikenali sebagai kitab bible.
R Ramai tokoh ilmuan fahaman protestan berperanan membantu mengembangkan Reformation.
M Martin Luther, Huldreich, Zwingli dan John Calvin merupakan tokoh agama protestan.
A Antara kesan Reformation adalah kewujudan mazhab kristian seperti Protestan dan Katolik.
T Tempat lahirnya kumpulan counter Reformation seperti Jesuit St Francis Xavier.
I Institusi gereja katolik merosot misalnya Raja Henry ke-8 putus hubungan dengan gereja Katolik di Rom.
O Orang Perancis, Sepanyol, Jerman, Denmark dan Sweden terlibat dalam perang keagamaan.
N Nilai toleransi sesama mazhab Protestan telah terjalin seperti bidang pendidikan dan penyebaran agama.

