Page 69 - AKRONIM SEJARAH SPM TINGKATAN 4 DAN 5
P. 69

Pembangunan dan Perpaduan Bangsa – RUKUN NEGARA







                              Rukun Negara digubal oleh Majlis Perundingan Negara (MPN). Penggubalan Rukun Negara

                              dikaitkan dengan peristiwa 13 Mei 1969 yang membawa kepada rusuhan kaum dan

                              mengancam keselamatan negara.
                   R





                   U          Untuk mengembalikan keharmonian kaum dan melicinkan pentadbiran negara ditubuhkan
                              Majlis Gerakan Negara (MAGERAN).


                   K          Kukuhkan perpaduan, lahirkan masyarakat yang adil, membina masyarakat progresif dan

                              memelihara corak hidup demokratik merupakan matlamat penggubalan Rukun Negara.

                              Untuk penduduk, agama merupakan pegangan utama rakyat Malaysia, rakyat beragama mudah


                   U          diurus dan menjadi warganegara yang berakhlak mulia dijadikan prinsip pertama Rukun

                              Negara iaitu Kepercayaan kepada Tuhan.

                              Nilai prinsip Rukun Negara dapat diamalkan dengan cara setia kepada raja dan negara, berbudi

                   N          pekerti mulia, hidup bersatu padu, mematuhi undang-undang, sikap toleransi dan mentaati

                              suruhan agama.
   64   65   66   67   68   69   70   71   72   73   74