Page 74 - AKRONIM SEJARAH SPM TINGKATAN 4 DAN 5
P. 74

Dasar luar Malaysia




               D          Dasar luar bermaksud dasar yang merangkumi maklumat, rancangan dan tindakan yang diambil oleh sesebuah negara berhubung dengan
                          negara-negara lain.


                          Antara matlamat dasar luar Malaysia adalah untuk
                          •    Memelihara kepentingan nasional,


                          •    Menjamin keselamatan rakyat,

               A          •    Mengekalkan kedaulatan negara,

                          •    Mengekalkan keamanan sejagat.
                          Sebab /factor yang menjadi asas penggubalan dasar luar Malaysia adalah:  (SEPGD)

                          •    Faktor sejarah iaitu sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka dalam bentuk perdagangan. Contohnya dengan negara China.
                          •    Faktor ekonomi kerana Malaysia mengamalkan pasaran bebas.

                          •    Faktor politik kerana Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi

                S         •    Faktor geografi kerana kedudukan yang strategik dan Malaysia bersempadan dengan hampir kebanyakan negara seperti Singapura.

                          •    Faktor demografi kerana majoriti rakyat Malaysia beragama Islam.

                          Ada dua bentuk hubungan luar Malaysia iaitu (BM) hubungan
               A          •    Bilateral iaitu hubungan secara langsung dengan sesebuah negara seperti Singapura dengan Indonesia.


                          •    Multilateral merujuk kepada hubungan dalam bentuk pertubuhan seperti ASEAN, OIC dan PBB
                          Rasional hubungan luar Malaysia dengan negara lain adalah
                          •    Mengekalkan kedaulatan negara dan menjalin keselamatan rakyat,


                          •    Mengukuhkan sistem pertahanan,

               R          • •  Meluaskan pasaran dan menggalakkan pelaburan asing

                               Memajukan sistem pendidikan,
   69   70   71   72   73   74   75   76   77   78   79