Page 70 - AKRONIM SEJARAH SPM TINGKATAN 4 DAN 5
P. 70

DEB-Dasar Ekonomi Baru





                            DEB bermatlamat membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum, menambah pendapatan rakyat bagi

                 D          merapatkan jurang ekonomi, menyediakan peluang pekerjaan, mencapai perpaduan dan menyusun
                            semula masyarakat


                            Ekoran itu, antara usaha kerajaan ialah

                            •    Penubuhan Kementerian Tanah dan Kemajuan Wilayah


                            •    Pembukaan tanah secara besar-besaran di bawah program pembangunan wilayah Lembaga Kemajuan

                                 Johor Tenggara/ KEJORA dan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah/ KETENGAH

                            •    Memberi perhatian kepada industri berat Menubuhkan HICOM/Perbadanan Industri Berat Malaysia
                 E          •    Pembangunan kawasan luar bandar dengan menitiberatkan penggunaan tanah dengan cekap




                            Bukti kejayaan DEB.


                            Kadar kemiskinan dalam negara berjaya dikurangkan tahun 1990 dengan kadar kemiskinan dikurangkan
                            kepada hanya 17.1 %


                            Pendapatan per kapita rakyat meningkat pada tahun 1990 iaitu pendapatan rakyat Malaysia meningkat

                            kepada RM 6180

                            Tiada pengenalan ekonomi berasaskan kaum iaitu orang Melayu turut menjadi peniaga, orang Cina

                 B          melibatkan diri dalam kegiatan pertanian berskala besar atau ladang dan orang India terlibat dalam

                            pelbagai kegiatan ekonomi moden
   65   66   67   68   69   70   71   72   73   74   75