Page 84 - SMK ST.ANNE’S CONVENT, KULIM KEDAH DARUL AMAN - 2015
P. 84

84                                  MANUAL PENGURUSAN SMK. ST. ANNE’S CONVENT  2019




                        GURU BERTUGAS HARIAN/ MINGGUAN
                       Senarai Tugas
                       1.Guru bertugas harian hendaklah datang sekurang-kurangnya 15 minit sebelum persekolahan bermula dan pulang
                       sekurang-kurangnya 15 minit setelah sekolah berakhir serta mengalu-alukan kehadiran/kepulangan murid.
                       2. Memastikan bilik-bilik darjah telah disapu, sampah sarap telah dibuang serta lampu dan kipas/tingkap telah ditutup
                       setelah tamat persekolahan.
                       3. Mengawasi disiplin  murid  di luar waktu belajar seperti waktu rehat dan waktu sebelum loceng pertama dibunyikan,
                       sekitar kawasan sekolah dan mengambil tindakan yang segera dan munasabah jika perlu.
                       4. Mengawasi kebersihan bilik-bilik darjah, tandas, kantin, bilik-bilik khas dan kawasan sekolah
                       5. Memeriksa kebersihan makanan yang dijual di kantin sekolah
                       6. Menguruskan rawatan  murid  yang sakit dan menghantar mereka ke hospital/ ke rumah
                       7. Mengeluarkan surat kebenaran ke hospital dan merekodkan nama  murid yang memohon
                       8. Mengawasi  murid menepati waktu datang dan pulang ke sekolah, masa rehat dan masa pertukaran guru
                       9. Menguruskan hal-hal bersabit dengan kehilangan barang-barang
                       10. Menentukan keselamatan  murid di sekitar kawasan sekolah serta mengawasi harta benda sekolah
                       11. Mencatatkan kegiatan-kegiatan sekolah seperti sukan, persatuan-persatuan, unit beruniform dan aktiviti-aktiviti lain
                       yang dijalankan
                       12. Membuat catatan mengenai perkara-perkara penting yang berlaku sepanjang hari/ minggu persekolahan ke dalam
                       buku Laporan Bertugas, antara perkara-perkara yang di catat ialah :
                        12.1 Kedatangan  murid, guru dan staf sokongan
                       12.2  Murid  ponteng, tidak hadir atau sakit
                       12.3 Lawatan-lawatan/pelawat
                       12.4 Ucapan/ pengumuman –pengumuman dalam perhimpunan
                       12.5 Laporan perhimpunan  ditulis di dalam buku khas mengenai perhimpunan
                        13.Membuat laporan di dalam Buku Laporan Bertugas yang disediakan dan kalau perlu laporkan terus kepada Pengetua
                       supaya tindakan segera dapat diambil
                       14  Perhimpunan
                       14.1 Memastikan semua guru dan  murid menghadiri perhimpunan
                       14.2 Bendera-bendera, pembesar suara dan tempat duduk guru telah disediakan
                       14.3 Memastikan pelajar telah beratur dengan kemas

                        GURU PENYELIA TINGKATAN
                        Senarai Tugas
                       1.  Bertanggungjawab membuat pembahagian  murid dalam tingkatan di bawah jagaannya. Persetujuan Guru Penolong
                       Kanan/ Penyelia Petang perlu diminta terlebih dahulu.
                       2. Kuota  murid mengikut kaum seboleh-bolehnya dipatuhi. Guru Penolong Kanan/Penyelia Petang /Pengetua
                       dimaklumkan.
                       3. Menerima kemasukan  murid baru dan membuat penempatan mengikut kelulusan dan minat/aliran bagi  murid
                       Tingkatan 4/5
                       4. Membantu guru tingkatan membuat pengagihan buku bantuan kerajaan ( SPBT ).
                       5. Membantu Penolong Kanan ( HEM ) dan Guru Biasiswa memilih  murid yang layak untuk diberi bantuan/ biasiswa.
                       6. Memaklumkan kepada Pengetua Penolong Kanan/ Penyelia Petang tentang jumlah  murid dalam setiap kelas dari
                       semasa ke semasa.
                       7. Menyemak Buku Kedatangan  Murid  setiap hujung bulan dan memastikan ketepatan analisis data kehadiran bulanan
                       8. Memastikan surat-surat kelulusan kemasukan  murid baru disimpan di dalam daftar Masuk (ikut Tingkatan) dengan
                       kemas dan teratur.
                       9. Bekerjasama dengan Guru Bimbingan dan Kaunseling bagi mendapatkan kad-kad berikut untuk dihantar ke sekolah
                       baru jika berlaku pertukaran  murid.
                       9.1   Fail Pencapaian Akademik Murid
                       9.2   Laporan PAJSK
                       9.3   Profil Murid
                       9.4   Borang Pinjaman SPBT
                       9.5   Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
                       10.   Sentiasa mengemaskini fail-fail pertukaran murid. Fail tersebut mesti disimpan di bilik UBK. Kerjasama Pembantu Am
                       Rendah ( pejabat ) perlu diminta.




                                                                                                              84
   79   80   81   82   83   84   85   86   87   88   89