Page 85 - SMK ST.ANNE’S CONVENT, KULIM KEDAH DARUL AMAN - 2015
P. 85

85                                  MANUAL PENGURUSAN SMK. ST. ANNE’S CONVENT  2019


                       11.    Bekerjasama dengan Guru Tingkatan bagi menyiapkan sijil-sijil di peringkat sekolah iaitu :
                       11.1  Sijil Ujian Lisan Bahasa Melayu
                       11.2  Sijil Ujian Lisan Bahasa Inggeris
                       11.3  PBS, Sijil Berhenti dan Sijil-sijil lain.
                        12.   Bekerjasama menyempurnakan analisis peperiksaan PT3/ SPM
                        13.   Bekerjasama dengan penyelaras peperiksaan bagi menyediakan bilik-bilik peperiksaan.
                       14.  Berada di sekolah pada hari pendaftaran murid baru dan membantu guru Tingkatan, Peralihan dan Tingkatan Satu
                           untuk mengagihkan kemasukan  murid.
                       15.  Memastikan guru tingkatan memberi bilangan, nombor pendaftaran dan memasukkan butir-butir  murid dalam Buku
                           Pendaftaran.
                       16.  Menyemak fail-fail kemasukan  murid dan memastikannya dikemaskini.
                       17.    Bertanggungjawab menjaga dan menguruskan Buku Pendaftaran  Murid . Buku ini disimpan di pejabat.
                       18.    Menyimpan borang-borang kemasukan  murid baru dalam fail daftar masuk mengikut kelas.
                       19.    Memastikan murid baru ditempatkan di tingkatan-tingkatan mengikut mata pelajaran elektif yang dipilih.
                       20.    Menyampaikan laporan tentang  murid baru kepada Pengetua.
                       21.     Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke semasa.
                       GURU TINGKATAN
                       Senarai Tugas
                        Pengurusan dan Organisasi Kelas
                          1.  Membentuk organisasi kelas yang terdiri daripada Ketua Tingkatan, Penolong Ketua Tingkatan, Setiausaha,
                              Bendahari, AJK Disiplin, AJK Keceriaan, AJK Kebajikan, AJK Kokurikulum dan AJK Akademik mengikut mata
                              pelajaran.
                          2.  Membimbing organisasi kelas ya ng dilantik menjalankan tugas.
                          3.  Menentukan perkara-perkara yang berikut ada di dalam kelas:
                          4.  Jadual Waktu
                          5.  Jadual Tugas Harian
                          6.  Struktur Organisasi Kelas
                          7.  Daftar Inventori
                          8.  Pelan Laluan Kecemasan
                          9.  Gambar-gambar Pemimpin
                          10.  Sudut Bacaan
                          11.  Perabot/Alatan seperti dalam Daftar Inventori
                                 a.  Menentukan talian elektrik, kipas angin dan lampu dalam keadaan baik dan selamat digunakan.
                                 b.  Segera melaporkan jika berlaku kerosakan kepada guru yang berkenaan.
                                 c.  Mengambil tindakan yang sesuai seperti menyelaras kerja membaik pulih perabot kelas.
                                 d.  Mengadakan tabung kelas dengan jumlah yang dipersetujui oleh murid bagi tujuan keceriaan kelas
                                     dan kebajikan kelas.
                        Jadual Kedatangan dan Kedatangan Murid
                          1.  Menandakan jadual kedatangan harian selewat-lewatnya sebelum waktu pertama berakhir  dan menyimpan di
                              tempat yang ditetapkan di pejabat untuk kemasukan data APDM (e-kehadiran).
                          2.  Menentukan semua butir yang dikehendaki ada di dalam buku daftar kedatangan  murid ditulis dan dikemaskini.
                          3.  Memastikan data-data terkini  murid di dalam kelas.
                          4.  Memastikan kelas mempunyai Buku Pengesanan Ponteng dan diuruskan dengan baik.
                          5.  Mengambil tindakan mengikut prosedur yang ditetapkan bagi  murid yang tidak hadir ke sekolah.
                        Rekod Prestasi Akademik, Sijil Berhenti, Surat Akaun dan Profil Pelajar
                          1.  Memastikan setiap  murid  mempunyai Buku Rekod Prestasi Akademik yang lengkap dengan butiran peribadi
                              yang diperlukan termasuk gambar foto serta berbalut dengan plastik.
                          2.  Mengisikan markah dan membuat laporan kemajuan akademik serta lain-lain maklumat yang terdapat dalam
                              rekod tersebut mengikut masa yang ditetapkan (ujian bulanan, peperiksaan penggal, peperiksaan percubaan).
                          3.  Mempastikan buku tersebut disampaikan kepada waris dan ditandatangani oleh waris  murid .
                          4.  Mengisi buku Rekod Ujian dan Peperiksaan Sekolah dan diserahkan kepada Pengetua bersama dengan buku
                              Rekod Prestasi Akademik  Murid untuk disemak dan ditandatangani sebelum diserahkan kepada waris  murid.
                          5.  Menyedia dan melengkapkan Profil  Murid dan kemaskini data maklumat  murid  dalam APDM
                          6.  Menyedia dan mengisi surat akuan  murid jika diperlukan.
                          7.  Memastikan  murid yang ingin bertukar ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Vokasional/Teknik /MRSM dan
                              murid Tingkatan 5 yang telah tamat persekolahan mengisi Borang Sijil Berhenti Sekolah.





                                                                                                              85
   80   81   82   83   84   85   86   87   88   89   90