Page 86 - SMK ST.ANNE’S CONVENT, KULIM KEDAH DARUL AMAN - 2015
P. 86

86                                  MANUAL PENGURUSAN SMK. ST. ANNE’S CONVENT  2019


                       Masalah Pembelajaran, Kesihatan Diri dan Disiplin
                          1.  Memberi galakan, motivasi dan merangsangkan minat  murid terhadap akademik.
                          2.  Menggalakkan pertandingan yang berbentuk akademik.
                          3.  Sentiasa prihatin terhadap masalah  murid kelasnya.
                          4.  Melaporkan kepada Kaunselor,  murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran / kemerosotan pelajaran.
                          5.  Melaporkan kepada Guru Kesihatan / Guru Bertugas Mingguan jika terdapat  murid yang menghadapi masalah
                              kesihatan.
                          6.  Menyediakan / menyimpan rekod-rekod kesihatan  murid dan diberikan kepada pihak berkenaan jika diperlukan.
                          7.  Melaporkan kepada Guru Disiplin jika terdapat  murid yang melanggar peraturan sekolah.
                          8.  Mengambil tindakan yang ditetapkan yang berkaitan dengan  murid ponteng.
                        Buku Teks, Biasiswa dan Bantuan Kebajikan
                        Memastikan buku-buku SPBT kepada  murid yang layak, memastikan buku-buku tersebut dibalut dan dicatat nama  murid
                        dan tidak ditinggalkan di dalam kelas.
                          1.  Mengemaskinikan fail SPBT dari semasa ke semasa.
                          2.  Mengurusan pemulangan buku teks mengikut tarikh yang ditetapkan, menyenaraikan nama  murid yang tidak
                              memulangkan buku teks pada akhir tahun dan menyerahkan senarai tersebut kepada guru SPBT.
                          3.  Mengenal pasti  murid yang layak menerima biasiswa dan sebarang bantuan yang lain dan melaporkan kepada
                              Guru Biasiswa dan Guru Kebajikan.
                          4.  Melaporkan kepada Guru Biasiswa sekiranya terdapat kemerosotan pelajaran dalam kalangan  murid yang
                              menerima biasiswa.
                        Kutipan Sumbangan dan Derma
                          1.  Mengutip derma PIBG.
                          2.  Mengutip bayaran-bayaran yang berkaitan, misalnya alat tulis dari Koperasi Sekolah.
                          3.  Mengeluarkan resit bagi semua kutipan sumbangan dan derma.
                          4.  Menyerahkan kutipan-kutipan dan analisis kutipan tersebut kepada :
                          •   Bendahari PIBG (Derma PIBG) atau guru-guru berkenaan bagi bayaran-bayaran lain.
                          •   Guru-guru yang berkenaan bagi bayaran-bayaran lain.
                        Pendaftaran Murid Baru
                          1.  Mendaftarkan  murid baru yang diterima daripada Penyelia Tingkatan dalam buku Pendaftaran Kemasukan
                              Murid dan APDM.
                          2.  Menentukan penerimaan buku SPBT dari sekolah terdahulu dan memastikan  murid berkenaan mendapatkan
                              buku teks.
                          3.  Menentukan penerimaan Profil  Murid  dan Buku Rekod Prestasi Akademik dari sekolah terdahulu.
                          4.  Menyemak jika  murid berkenaan menerima sebarang bentuk biasiswa dan melaporkan kepada Guru Biasiswa.
                          5.  Menentukan rumah sukan.
                          6.  Mengambil butir-butir diri yang diperlukan.
                        Murid Keluar
                          1.  Menentukan borang SPBT, Rekod Prestasi Akademik Murid, PBS, Kad Kokurikulum dan Profil Murid diserah ke
                              pejabat.
                          2.  Menentukan hal-hal yang berkaitan dengan peperiksaan telah disempurnakan bagi murid Tingkatan 3 dan 5.
                          3.  Menentukan kelulusan pertukaran yang diterima.
                          4.  Memastikan buku teks dibawa ke sekolah baru serta semua bayaran sumbangan telah dijelaskan.
                          5.  Memastikan penerimaan biasiswa dilaporkan ke pejabat.
                        Pendaftaran Sukan, Persatuan dan lain-lain.
                          1.  Memastikan setiap  murid mempunyai rumah sukan.
                          2.  Mengganggotai sekurang-kurangnya satu persatuan akademik, satu kelab sukan & permainan, dan satu
                              pasukan unit beruniform.
                          3.  Menggalakkan setiap  murid  bergiat cergas dalam aktiviti sukan dan kokurikulum
                        Iklim Kelas Secara Keseluruhan
                          1.   Memastikan iklim kelas secara keseluruhannya sesuai untuk aktiviti PdPc.










                                                                                                              86
   81   82   83   84   85   86   87   88   89   90   91