Page 44 - BUKU PENGURUSAN SMKSAC 2019
P. 44

44                                  MANUAL PENGURUSAN SMK. ST. ANNE’S CONVENT  2019


                            SENARAI TUGAS JAWATANKUASA  PENGURUSAN KURIKULUM


                       1.     SENARAI TUGAS JAWATANKUASA INDUK KURIKULUM

                                 a.  Memastikan objektif dan matlamat akademik sekolah tercapai.
                                 b.  Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang konduksif.
                                 c.  Mencadang , membina dan mengurus bahan bantuan mengajar
                                 d.  Membuat penilaian tentang prestasi pengajaran dan pembelajaran.
                                 e.  Merancang strategi pengajaran dan pembelajaran
                                 f.  Menetapkan garis panduan penyediaan Rancangan Kerja
                                 g.  Menetapkan pembahagian masa  bagi penyediaan Jadual waktu
                                 h.  Mengadakan mesyuarat
                                 i.  Meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan lagi prestasi murid.
                                 j.  Merancang dan melaksanakan kelas pemulihan dan bimbingan
                                 k.  Mengesan dan memastikan supaya sukatan dan Perancangan Pelajaran dilaksanakan dengan
                                     sempurna.
                                 l.  Merancang kursus  dan  pendedahan  kepada kakitangan  akademik mengenai  perkara  baru
                                     dalam pendidikan
                                 m.  Menyebarkan bahan-bahan bacaan dan maklumat mengenai pendidikan kepada guru.
                                 n.  Mengkaji analisis keputusan PT3,SPM  dan peperiksaan dalaman dan merangka program
                                     jangka pendek dan panjang mengatasi kelemahan.
                                 o.  Mengkaji dan menilai buku-buku teks dan buku tambahan yang digunakan oleh murid-murid
                                     untuk menentukan  kesesuaian dan membuat pembetulan jika terdapat kesalahan
                                 p.  Berusaha untuk membanyakkan bahan-bahan sumber pendidikan di sekolah.
                                 q.  Memberi panduan kepada guru-guru mata pelajaran.
                                 r.  Menggalakkan guru-guru menggunakan kamputer (ICT) dan internet dalam pengajaran dan
                                     pembelajaran
                                 s.  Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan Pengetua dari masa ke semasa.

                       2.     SENARAI TUGAS GURU PUSAT SUMBER SEKOLAH (PSS)

                                 a.  Bertanggungjawab kepada  pengetua sekolah atas perjalanan PSS yang efektif sesuai
                                     dengan hasrat serta dasar yang ditentukan.
                                 b.  Menggalakkan murid-murid membaca luas dengan berbagai teknik.
                                 c.  Sentiasa  berada di PSS apabila ia dibuka dan memberi bimbingan yang diperlukan
                                     disamping mengawasi tiada penyelewengan / kehilangan buku.
                                 d.  Menerima permintaan buku daripada guru-guru kanan matapelajaran, menyusun dan
                                     mengemukakan kepada Pengetua untuk kelulusan sebelum buku ditempah, stok dan bil
                                     dihantar untuk dibayar kepada kerani sekolah dalam tempoh 20 hari dibeli.
                                 e.  Buku stok sentiasa dikemaskini dan buku-buku yang dibeli mestilah digunakan oleh murid-
                                     murid dalam tempoh 20 hari dibeli.
                                 f.  Menguruskan segala peraturan serta pengendalian bacaan dan skim galakan.
                                 g.  Melatih pengawas PSS untuk mengendalikan PSS secara cekap.
                                 h.  Menyimpan rekod penggunaan PSS dan berikan maklum balas yang perlu.
                                 i.  Sentiasa berusaha untuk membaiki perkhidmatan PSS dari berbagai segi dan pengetahuan
                                     murid tentang cara-cara penggunaan PSS.
                                 j.  Mengkatalogkan alatan-alatan mengajar yang ada di sekolah dan memastikan semua
                                     diuruskan secara baik, guru-guru diberi maklumat yang perlu, segala pinjaman dan
                                     peraturannya ditentukan.
                                 k.  Berusaha untuk menambahkan lagi alatan mengajar/ sumber pendidikan secara berikhtiar
                                     membuat / membeli dengan kerjasama guru-guru kanan dan guru-guru




                                                                                                              44
   39   40   41   42   43   44   45   46   47   48   49