Page 45 - BUKU PENGURUSAN SMKSAC 2019
P. 45
45 MANUAL PENGURUSAN SMK. ST. ANNE’S CONVENT 2019
.
3. SENARAI TUGAS JAWATANKUASA JADUAL WAKTU.
a. Menentukan bilangan kelas dan kelayakan guru
b. Menyediakan peruntukan waktu mengajar mengikut mata pelajaran.
c. Pengagihan mata pelajaran dan bilangan waktu yang sesuai.
d. Menentukan kesesuaian masa untuk mata pelajaran tertentu.
e. Menentukan corak jadual waktu yang digunakan seperti jadual waktu anjal dan jadual waktu
blok.
f. Menentukan penggunaan bengkel dan makmal.
g. Menentukan guru tingkatan berdasarkan kelas yang diajar.
h. Memastikan jadual waktu induk dan persendirian disediakan pada waktu yang tertentu.
i. Membuat pindaan jika perlu.
j. Memastikan salinan jadual waktu dihantar kepada pengetua dan dipaparkan untuk makluman
semua.
4. SENARAI TUGAS JAWATANKUASA UJIAN / PEPERIKSAAN DALAMAN
a. Menyediakan Buku Panduan peperiksaan untuk diedarkan kepada semua guru dalam
mesyuarat guru kali pertama sesi persekolahan baru.
b. Menyediakan takwim ujian/peperiksaan tahunan pada awal sesi persekolahan.
c. Mengingatkan guru dan pelajar tentang tarikh ujian/peperiksaan sebelum ujian /peperiksaan
berkenaan.
d. Menyediakan jadual waktu ujian / peperiksaan.
e. Menyediakan senarai nama guru yang menyediakan kertas soalan ujian / peperiksaan seperti
yang ditentukan oleh Guru Kanan mata pelajaran.
f. Memastikan semua kertas soalan dan JSU disediakan mengikut format yang betul dan pada
masa yang ditetapkan.
g. Menguruskan pengumpulan dan pembahagian kertas soalan.
h. Menyediakan tempat ujian / peperiksaan.
i. Menyediakan semua bahan yang diperlukan dalam ujian / peperiksaan seperti benang, kertas
label dan lain-lain.
j. Menerangkan peraturan-peraturan ujian / peperiksaan dan memberitahu arahan-arahan /
amaran-amaran kepada murid sebelum / semasa peperiksaan.
k. Memastikan ujian / peperiksaan dijalankan dengan licin dan sempurna.
l. Mengumpulkan kertas-kertas soalan tiap mata pelajaran setiap kali ujian / peperiksaan
dalaman untuk difailkan untuk rujukan masa depan.
m. Mendapatkan dan menyimpan keputusan setiap ujian / peperiksaan.
n. Menganalisiskan keputusan setiap ujian / peperiksaan.
o. Berdasarkan analisis keputusan ujian / peperiksaan, memaklumkan dan berbincang dengan
Pengetua dan Penolong Kanan untuk tindakan susulan.
p. Membuat pengunjuran, merancang dan berusaha meningkatkan pencapaian pelajar dalam
ujian / peperiksaan.
q. Menyediakan senarai nama murid-murid yang memerlukan perhatian khas untuk tindakan
susulan.
r. Membuat cadangan kepada Pengetua dan Penolong Kanan berkenaan dengan segala hal
peperiksaan.
45

