Page 46 - BUKU PENGURUSAN SMKSAC 2019
P. 46
46 MANUAL PENGURUSAN SMK. ST. ANNE’S CONVENT 2019
5. SENARAI TUGAS JAWATANKUASA PEPERIKSAAN AWAM / LUAR
a. Menyedia dan menyemak borang masuk peperiksaan PT3, SPM dan lain-lain dan memastikan
murid-murid mengambil mata pelajaran yang betul dan mencukupi.
b. Menganalisiskan mata pelajaran dan bayaran yuran peperiksaan yang diambil oleh murid-
murid.(bukan warga negara / murid ulangan )
c. Menyemak Borang Masuk Komputer dan kemasukan nama dalam sistem online.
d. Menyediakan tempat peperiksaan PT3 dan SPM, mengaturkan kerusi dan meja, melabelkan
tempat duduk calon dan menyediakan pelan kedudukan calon.
e. Menyediakan semua bahan yang diperlukan untuk peperiksaan PT3, SPM seperti almari,
sistem pembesar suara, jam dinding, langsir dan lain-lain.
f. Memastikan semua tempat peperiksaan PT3 dan SPM diatur balik selepas peperiksaan
bertulis.
g. Mencetak sijil ujian lisan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta sijil-sijil lain yang berkaitan
dengan peperiksaan.
h. Menganalisiskan keputusan peperiksaan PT3 dan SPM secara terperinci.
i. Berdasarkan analisis keputusan peperiksaan yang telah dibuat, memaklumkan, berbincang
dan membuat cadangan kepada Pengetua dan Penolong Kanan untuk meningkatkan prestasi
murid dalam peperiksaan.
j. Menyimpan rekod keputusan dan senarai nama murid yang mempunyai pencapaian cemerlang
dalam peperiksaan PT3 dan SPM.
k. Menguruskan segala urusan yang berkaitan dengan peperiksaan percubaan PT3 dan SPM.
l. Mengaturkan tugas guru-guru penolong.
m. Mengurus hal murid mengulang tingkatan 5
n. Menguruskan hal permohonan rayuan belajar di tingkatan 6 untuk murid yang tidak ditawarkan
masuk ke tingkatan 6.
o. Menguruskan hal murid memohon menyemak semula kertas jawapan peperiksaan awam.
p. Menyediakan laporan bahagian peperiksaan kepada Pengetua merangkumi semua ujian dan
peperiksaan untuk pelbagai tujuan mengikut keperluan.
q. Mengaturkan sesi bimbingan / taklimat kepada pelajar-pelajar tingkatan 3 dan 5 sebelum
peperiksaan PT3 dan SPM.
r. Melaksanakan arahan-arahan dan tugasan-tugasan lain yang diberikan oleh Pengetua dari
masa ke semasa.
6. SENARAI TUGAS JAWATANKUASA PENINGKATAN PRESTASI PT3 & SPM
a. Menyelaras semua program/rancangan peningkatan prestasi PT3 SPM.
b. Membantu Unit Bimbingan dan Kaunseling merancang dan melaksanakan program
peningkatan prestasi PT3 /SPM seperti ceramah teknik menjawab soalan dan program
motivasi murid.
c. Menyelaras penyenaraian pelajar kumpulan sasaran PT3 /SPM( keseluruhan) dan mengikut
mata pelajaran.
d. Mengatur dan menyediakan jadual kelas tambahan untuk murid PT3 /SPM
7. SENARAI TUGAS JAWATANKUASA MBMMBI
a. Merancang pelaksanaan program
b. Merancang peruntukan sumber kewangan
c. Mengadakan mesyuarat dalam jangka masa program dilaksanakan
46

