Page 85 - BUKU PENGURUSAN SMKSAC 2019
P. 85
85 MANUAL PENGURUSAN SMK. ST. ANNE’S CONVENT 2019
GURU BERTUGAS HARIAN/ MINGGUAN
Senarai Tugas
1.Guru bertugas harian hendaklah datang sekurang-kurangnya 15 minit sebelum persekolahan bermula dan pulang
sekurang-kurangnya 15 minit setelah sekolah berakhir serta mengalu-alukan kehadiran/kepulangan murid.
2.Memastikan bilik-bilik darjah telah disapu, sampah sarap telah dibuang serta lampu dan kipas/tingkap telah ditutup
setelah tamat persekolahan.
3.Mengawasi disiplin murid di luar waktu belajar seperti waktu rehat dan waktu sebelum loceng pertama dibunyikan,
sekitar kawasan sekolah dan mengambil tindakan yang segera dan munasabah jika perlu.
4. Mengawasi kebersihan bilik-bilik darjah, tandas, kantin, bilik-bilik khas dan kawasan sekolah
5. Memeriksa kebersihan makanan yang dijual di kantin sekolah
6. Menguruskan rawatan murid yang sakit dan menghantar mereka ke hospital/ ke rumah
7. Mengeluarkan surat kebenaran ke hospital dan merekodkan nama murid yang memohon
8. Mengawasi murid menepati waktu datang dan pulang ke sekolah, masa rehat dan masa pertukaran guru
9. Menguruskan hal-hal bersabit dengan kehilangan barang-barang
10. Menentukan keselamatan murid di sekitar kawasan sekolah serta mengawasi harta benda sekolah
11. Mencatatkan kegiatan-kegiatan sekolah seperti sukan, persatuan-persatuan, unit beruniform dan aktiviti-aktiviti lain
yang dijalankan
12. Membuat catatan mengenai perkara-perkara penting yang berlaku sepanjang hari/ minggu persekolahan ke dalam
buku Laporan Bertugas, antara perkara-perkara yang di catat ialah :
12.1 Kedatangan murid, guru dan staf sokongan
12.2 Murid ponteng, tidak hadir atau sakit
12.3 Lawatan-lawatan/pelawat
12.4 Ucapan/ pengumuman –pengumuman dalam perhimpunan
12.5 Laporan perhimpunan ditulis di dalam buku khas mengenai perhimpunan
13.Membuat laporan di dalam Buku Laporan Bertugas yang disediakan dan kalau perlu laporkan terus kepada Pengetua
supaya tindakan segera dapat diambil
14 Perhimpunan
14.1 Memastikan semua guru dan murid menghadiri perhimpunan
14.2 Bendera-bendera, pembesar suara dan tempat duduk guru telah disediakan
14.3 Memastikan pelajar telah beratur dengan kemas
GURU PENYELIA TINGKATAN
Senarai Tugas
1. Bertanggungjawab membuat pembahagian murid dalam tingkatan di bawah jagaannya. Persetujuan Guru Penolong
Kanan/ Penyelia Petang perlu diminta terlebih dahulu.
2. Kuota murid mengikut kaum seboleh-bolehnya dipatuhi. Guru Penolong Kanan/Penyelia Petang /Pengetua
dimaklumkan.
3. Menerima kemasukan murid baru dan membuat penempatan mengikut kelulusan dan minat/aliran bagi murid
Tingkatan 4/5
4. Membantu guru tingkatan membuat pengagihan buku bantuan kerajaan ( SPBT ).
5. Membantu Penolong Kanan ( HEM ) dan Guru Biasiswa memilih murid yang layak untuk diberi bantuan/ biasiswa.
6. Memaklumkan kepada Pengetua Penolong Kanan/ Penyelia Petang tentang jumlah murid dalam setiap kelas dari
semasa ke semasa.
7. Menyemak Buku Kedatangan Murid setiap hujung bulan dan memastikan ketepatan analisis data kehadiran bulanan
8. Memastikan surat-surat kelulusan kemasukan murid baru disimpan di dalam daftar Masuk (ikut Tingkatan) dengan
kemas dan teratur.
9. Bekerjasama dengan Guru Bimbingan dan Kaunseling bagi mendapatkan kad-kad berikut untuk dihantar ke sekolah
baru jika berlaku pertukaran murid.
9.1 Fail Pencapaian Akademik Murid
9.2 Laporan PAJSK
9.3 Profil Murid
9.4 Borang Pinjaman SPBT
9.5 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
85

