Page 86 - BUKU PENGURUSAN SMKSAC 2019
P. 86
86 MANUAL PENGURUSAN SMK. ST. ANNE’S CONVENT 2019
10. Sentiasa mengemaskini fail-fail pertukaran murid. Fail tersebut mesti disimpan di bilik UBK. Kerjasama Pembantu Am
Rendah ( pejabat ) perlu diminta.
11. Bekerjasama dengan Guru Tingkatan bagi menyiapkan sijil-sijil di peringkat sekolah iaitu :
11.1 Sijil Ujian Lisan Bahasa Melayu
11.2 Sijil Ujian Lisan Bahasa Inggeris
11.3 PBS, Sijil Berhenti dan Sijil-sijil lain.
12. Bekerjasama menyempurnakan analisis peperiksaan PT3/ SPM
13. Bekerjasama dengan penyelaras peperiksaan bagi menyediakan bilik-bilik peperiksaan.
14. Berada di sekolah pada hari pendaftaran murid baru dan membantu guru Tingkatan, Peralihan dan Tingkatan Satu
untuk mengagihkan kemasukan murid.
15. Memastikan guru tingkatan memberi bilangan, nombor pendaftaran dan memasukkan butir-butir murid dalam Buku
Pendaftaran.
16. Menyemak fail-fail kemasukan murid dan memastikannya dikemaskini.
17. Bertanggungjawab menjaga dan menguruskan Buku Pendaftaran Murid . Buku ini disimpan di pejabat.
18. Menyimpan borang-borang kemasukan murid baru dalam fail daftar masuk mengikut kelas.
19. Memastikan murid baru ditempatkan di tingkatan-tingkatan mengikut mata pelajaran elektif yang dipilih.
20. Menyampaikan laporan tentang murid baru kepada Pengetua.
21. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke semasa.
GURU TINGKATAN
Senarai Tugas
Pengurusan dan Organisasi Kelas
1. Membentuk organisasi kelas yang terdiri daripada Ketua Tingkatan, Penolong Ketua Tingkatan, Setiausaha,
Bendahari, AJK Disiplin, AJK Keceriaan, AJK Kebajikan, AJK Kokurikulum dan AJK Akademik mengikut mata
pelajaran.
2. Membimbing organisasi kelas ya ng dilantik menjalankan tugas.
3. Menentukan perkara-perkara yang berikut ada di dalam kelas:
4. Jadual Waktu
5. Jadual Tugas Harian
6. Struktur Organisasi Kelas
7. Daftar Inventori
8. Pelan Laluan Kecemasan
9. Gambar-gambar Pemimpin
10. Sudut Bacaan
11. Perabot/Alatan seperti dalam Daftar Inventori
a. Menentukan talian elektrik, kipas angin dan lampu dalam keadaan baik dan selamat digunakan.
b. Segera melaporkan jika berlaku kerosakan kepada guru yang berkenaan.
c. Mengambil tindakan yang sesuai seperti menyelaras kerja membaik pulih perabot kelas.
d. Mengadakan tabung kelas dengan jumlah yang dipersetujui oleh murid bagi tujuan keceriaan kelas
dan kebajikan kelas.
Jadual Kedatangan dan Kedatangan Murid
1. Menandakan jadual kedatangan harian selewat-lewatnya sebelum waktu pertama berakhir dan menyimpan di
tempat yang ditetapkan di pejabat untuk kemasukan data APDM (e-kehadiran).
2. Menentukan semua butir yang dikehendaki ada di dalam buku daftar kedatangan murid ditulis dan dikemaskini.
3. Memastikan data-data terkini murid di dalam kelas.
4. Memastikan kelas mempunyai Buku Pengesanan Ponteng dan diuruskan dengan baik.
5. Mengambil tindakan mengikut prosedur yang ditetapkan bagi murid yang tidak hadir ke sekolah.
Rekod Prestasi Akademik, Sijil Berhenti, Surat Akaun dan Profil Pelajar
1. Memastikan setiap murid mempunyai Buku Rekod Prestasi Akademik yang lengkap dengan butiran peribadi
yang diperlukan termasuk gambar foto serta berbalut dengan plastik.
2. Mengisikan markah dan membuat laporan kemajuan akademik serta lain-lain maklumat yang terdapat dalam
rekod tersebut mengikut masa yang ditetapkan (ujian bulanan, peperiksaan penggal, peperiksaan percubaan).
3. Mempastikan buku tersebut disampaikan kepada waris dan ditandatangani oleh waris murid .
4. Mengisi buku Rekod Ujian dan Peperiksaan Sekolah dan diserahkan kepada Pengetua bersama dengan buku
Rekod Prestasi Akademik Murid untuk disemak dan ditandatangani sebelum diserahkan kepada waris murid.
5. Menyedia dan melengkapkan Profil Murid dan kemaskini data maklumat murid dalam APDM
6. Menyedia dan mengisi surat akuan murid jika diperlukan.
86

