Page 87 - BUKU PENGURUSAN SMKSAC 2019
P. 87
87 MANUAL PENGURUSAN SMK. ST. ANNE’S CONVENT 2019
7. Memastikan murid yang ingin bertukar ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Vokasional/Teknik /MRSM dan
murid Tingkatan 5 yang telah tamat persekolahan mengisi Borang Sijil Berhenti Sekolah.
Masalah Pembelajaran, Kesihatan Diri dan Disiplin
1. Memberi galakan, motivasi dan merangsangkan minat murid terhadap akademik.
2. Menggalakkan pertandingan yang berbentuk akademik.
3. Sentiasa prihatin terhadap masalah murid kelasnya.
4. Melaporkan kepada Kaunselor, murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran / kemerosotan pelajaran.
5. Melaporkan kepada Guru Kesihatan / Guru Bertugas Mingguan jika terdapat murid yang menghadapi masalah
kesihatan.
6. Menyediakan / menyimpan rekod-rekod kesihatan murid dan diberikan kepada pihak berkenaan jika diperlukan.
7. Melaporkan kepada Guru Disiplin jika terdapat murid yang melanggar peraturan sekolah.
8. Mengambil tindakan yang ditetapkan yang berkaitan dengan murid ponteng.
Buku Teks, Biasiswa dan Bantuan Kebajikan
Memastikan buku-buku SPBT kepada murid yang layak, memastikan buku-buku tersebut dibalut dan dicatat nama murid
dan tidak ditinggalkan di dalam kelas.
1. Mengemaskinikan fail SPBT dari semasa ke semasa.
2. Mengurusan pemulangan buku teks mengikut tarikh yang ditetapkan, menyenaraikan nama murid yang tidak
memulangkan buku teks pada akhir tahun dan menyerahkan senarai tersebut kepada guru SPBT.
3. Mengenal pasti murid yang layak menerima biasiswa dan sebarang bantuan yang lain dan melaporkan kepada
Guru Biasiswa dan Guru Kebajikan.
4. Melaporkan kepada Guru Biasiswa sekiranya terdapat kemerosotan pelajaran dalam kalangan murid yang
menerima biasiswa.
Kutipan Sumbangan dan Derma
1. Mengutip derma PIBG.
2. Mengutip bayaran-bayaran yang berkaitan, misalnya alat tulis dari Koperasi Sekolah.
3. Mengeluarkan resit bagi semua kutipan sumbangan dan derma.
4. Menyerahkan kutipan-kutipan dan analisis kutipan tersebut kepada :
• Bendahari PIBG (Derma PIBG) atau guru-guru berkenaan bagi bayaran-bayaran lain.
• Guru-guru yang berkenaan bagi bayaran-bayaran lain.
Pendaftaran Murid Baru
1. Mendaftarkan murid baru yang diterima daripada Penyelia Tingkatan dalam buku Pendaftaran Kemasukan
Murid dan APDM.
2. Menentukan penerimaan buku SPBT dari sekolah terdahulu dan memastikan murid berkenaan mendapatkan
buku teks.
3. Menentukan penerimaan Profil Murid dan Buku Rekod Prestasi Akademik dari sekolah terdahulu.
4. Menyemak jika murid berkenaan menerima sebarang bentuk biasiswa dan melaporkan kepada Guru Biasiswa.
5. Menentukan rumah sukan.
6. Mengambil butir-butir diri yang diperlukan.
Murid Keluar
1. Menentukan borang SPBT, Rekod Prestasi Akademik Murid, PBS, Kad Kokurikulum dan Profil Murid diserah ke
pejabat.
2. Menentukan hal-hal yang berkaitan dengan peperiksaan telah disempurnakan bagi murid Tingkatan 3 dan 5.
3. Menentukan kelulusan pertukaran yang diterima.
4. Memastikan buku teks dibawa ke sekolah baru serta semua bayaran sumbangan telah dijelaskan.
5. Memastikan penerimaan biasiswa dilaporkan ke pejabat.
Pendaftaran Sukan, Persatuan dan lain-lain.
1. Memastikan setiap murid mempunyai rumah sukan.
2. Mengganggotai sekurang-kurangnya satu persatuan akademik, satu kelab sukan & permainan, dan satu
pasukan unit beruniform.
3. Menggalakkan setiap murid bergiat cergas dalam aktiviti sukan dan kokurikulum
Iklim Kelas Secara Keseluruhan
1. Memastikan iklim kelas secara keseluruhannya sesuai untuk aktiviti PdPc.
87

