Page 37 - Modul Pendidikan Islam Prasekolah
P. 37
Click Here & Upgrade
Expanded Features
PDF
Documents
Unlimited Pages
Complete
TAJUK: MARI BERSUCI
AKTIVITI 1
M ASA: 30 minit
TUNJANG UTAMA: Kerohanian Sikap dan Nilai - Pendidikan Islam
STANDARD (PI 2.5.2) Menyatakan cara bersuci daripada hadas
PEMBELAJARAN:
TUNJANG LAIN YANG Perkembangan Fizikal dan Estetika , Bahasa
DISEPADUKAN: Malaysia.
OBJEKTIF: Murid dapat menyatakan cara bersuci buang air kecil
KONSEP UTAMA: Bersuci hukumnya wajib
ALATAN: Anak patung, air.
LANGKAH PENGAJARAN:
1. Murid memulakan pembelajaran dengan bacaan doa.
EéªìoDæÍ#EéÂèÊô±#ÑìÆöµçmèkDæÍ Eéªì±EæÅ#EéÂö¾ì©#ÑìÅègúm#òOæk
2. Guru menerangkan kuasa Allah yang mengatur hidup manusia dengan
sempurna. Selepas kita minum, badan kita sihat mendapat zat-zat yang
terdapat dalam minuman. Badan kita mengambil zat yang baik dan sisanya
keluar melalui proses membuang air kecil.
3. Guru menunjuk cara membersihkan qubul setiap kali membuang air kecil
dengan menggunakan anak patung.
4. Guru menjelaskan maksud bersih, iaitu bersih dari kesan bau, warna dan
rasa dengan menggunakan air yang bersih.
5. Guru menasihatkan murid supaya mentaati perintah Allah dengan menjaga
kebersihan. Ini adalah syarat utama apabila kita hendak mendirikan solat.
Allah tidak menerima solat orang yang tidak bersih. Sekiranya kita selalu
berada dalam keadaan yang bersih, badan kita tidak mudah dijangkiti
penyakit seperti berkudis dan gatal.
29

