Page 39 - Modul Pendidikan Islam Prasekolah
P. 39

Click Here & Upgrade
                   Expanded Features
       PDF
     Documents
                      Unlimited Pages
     Complete



                                            TAJUK:  MARI BERSUCI

               AKTIVITI  3


               M ASA:
                                               30 minit

               TUNJANG UTAMA:                  Kerohanian Sikap dan Nilai  -  Pendidikan Islam


               STANDARD                        (PI 2.1.3) Menyatakan cara menjaga kebersihan tubuh
               PEMBELAJARAN:                   badan

               TUNJANG LAIN YANG               Perkembangan Fizikal,   Bahasa Malaysia
               DISEPADUKAN:


               OBJEKTIF:                       Murid dapat menyatakan cara menjaga kebersihan
                                               tubuh badan


               KONSEP UTAMA:                   Kebersihan adalah satu ibadah



                                               Kad gambar, baldi, sabun, tuala mandi, sikat, anak
               ALATAN:
                                               patung

               LANGKAH PENGAJARAN:


               1.    Murid memulakan pembelajaran dengan bacaan doa.


                          EéªìoDæÍ#EéÂèÊô±#ÑìÆöµçmèkDæÍ Eéªì±EæÅ#EéÂö¾ì©#ÑìÅègúm#òOæk



               2.    Guru memperdengarkan lagu “ Bersihkan Diri”

                                   Bangun mandi terus mandi
                                   Tidak lupa gosok gigi
                                   Syampu rambut cuci daki
                                   Badan sihat senang hati
                                                                                (Irama bangun pagi)


               3.    Guru menunjukkan gambar jenis penyakit tubuh badan akibat tidak menjaga
                     kebersihan.


               4.    Murid diminta menunjukkan kuku jari tangan dan kaki. Guru juga memeriksa
                     kepala dan rambut murid.

               5.    Guru menunjukkan cara membersihkan rambut anak patung menggunakan
                     syampu dan cara mengeringkan rambut menggunakan tuala. Rambut perlu
                     disikat dan selalu dalam keadaan rapi supaya Nampak kemas dan bersih serta
                     dapat menjauhkan daripada segala penyakit.



                                                           31
   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44