Page 42 - Modul Pendidikan Islam Prasekolah
P. 42

Click Here & Upgrade
                   Expanded Features
       PDF
     Documents
                      Unlimited Pages
     Complete

                                            TAJUK:  MARI BERSUCI

               AKTIVITI  5


               M ASA:                          30 minit
               TUNJANG UTAMA:                  Kerohanian Sikap dan Nilai  -  Pendidikan Islam

                                               (PI 2.1.3) Menyatakan cara menjaga kebersihan
               STANDARD                        tempat solat
               PEMBELAJARAN:

               TUNJANG LAIN YANG               Perkembangan Fizikal, Estetika , Ketrampilan, Bahasa
               DISEPADUKAN:                    Malaysia


               OBJEKTIF:                       Murid dapat menyatakan cara menjaga kebersihan
                                               tempat solat.


               KONSEP UTAMA:                   Kebersihan adalah satu ibadah

               ALATAN:                         Kad gambar



               LANGKAH PENGAJARAN:



               1.     Murid memulakan pembelajaran dengan bacaan doa.
                           EéªìoDæÍ#EéÂèÊô±#ÑìÆöµçmèkDæÍ Eéªì±EæÅ#EéÂö¾ì©#ÑìÅègúm#òOæk



               2.     Guru memberi beberapa keping potongan gambar. Murid diminta
                      mencantumkan potongan gambar tersebut menjadi sebuah gambar yang
                      lengkap.

               3.      Guru bersoal jawab dengan murid
                             a.  Ini gambar apa?  (masjid)
                             b.  Ia  digunakan untuk apa?  ( Solat,mengaji)
                             c.  Bagaimana persekitarannya?  (Besar , bersih, cantik)


               4.     Guru menjelaskan bahwa masjid itu adalah tempat orang Islam menunaikan
                      Solat Jumaat, Solat Hari Raya, solat Fardhu dan solat Sunat. Orang Islam
                      digalakkan menunaikan solat      secara berjamaah. Walau bagaimanapun solat
                      boleh dilakukan di mana-mana sahaja seperti di bawah pokok, di padang, di
                      dalam  rumah atau di dalam bangunan asalkan tempat itu bersih. Kita dilarang
                      melakukan solat di tempat kotor dan bernajis seperti di dalam tandas.
                      Kesannya solat kita tidak diterima Allah.

               5.     Guru mengingatkan murid supaya tidak membuang air kecil dan besar
                      merata-rata dan tidak membuang sampah sesuka hati  kerana semua tempat
                      di bumi Allah asalnya bersih dan boleh dijadikan tempat solat. Kita
                      diamanahkan oleh Allah untuk menjaga kebersihan alam ini.




                                                           34
   37   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47