Page 70 - Modul Pendidikan Islam Prasekolah
P. 70
Click Here & Upgrade
Expanded Features
PDF
Documents
Unlimited Pages
Complete
Modul Pendidikan Islam Prasekolah SIRAH
TAJUK : KELAHIRAN RASULULLAH S.A.W
AKTIVITI 3
MASA : 30 MINIT
TUNJANG UTAMA: Kerohanian dan Sikap dan Nilai ±
Pendidikan Islamm
STANDARD PEMBELAJARAN: (PI 3.1.4) Menceritakan peristiwa
kelahiran Rasulullah S.A.W
TUNJANG LAIN YANG DISEPADUKAN: Perkembangan Fizikal dan Kesihatan dan
Estetika,Bahasa Malaysia,Keterampilan
OBJEKTIF: Menceritakan semula peristiwa sebelum
kelahiran Rasulullah S.A.W dengan betul.
KONSEP UTAMA: Mencintai Rasulullah S.A.W
ALATAN: CD surah lazim, kad perkataan
LANGKAH PENGAJARAN:
1. Murid memulakan pembelajaran dengan melafaz doa belajar
EéªìoDæÍ#EéÂèÊô±#ÑìÆöµçmèkDæÍ Eéªì±EæÅ#EéÂö¾ì©#ÑìÅègúm#òOæk
2. Murid diperdengarkan dengan Surah Al-Fil.
3. Guru membacakan maksud Surah Al-Fil.
4. Guru menjelaskan surah tersebut berkaitan dengan peristiwa sebelum kelahiran
Rasulullah.
5. Guru bercerita tentang peristiwa sebelum kelahiran Rasulullah S.A.W.
Kota Mekah merupakan sebuah kota yang suci.Ramai orang datang ke
Makkah kerana Kaabah. Raja Abrahah dengki dengan kehebatan Kaabah.
Dia hendak meruntuhkan Kaabah.Satu hari Abrahah dan tentera bergajah
datang menyerang Kaabah. Tiba-tiba datang sekumpulan burung Ababil
membawa batu-batu panas dari neraka.Tentera Raja Abrahah telah dilontar
dengan batu-batu tersebut sehingga binasa.Selepas peristiwa itu Nabi
Muhammad S.A.W dilahirkan. Lalu tahun itu dinamakan Tahun Gajah.
6. Bersoal jawab berkaitan isi cerita yang telah didengar.
7. Menyebut perkataan-perkataan penting dalam cerita.
Contoh: Abrahah,Burung Ababil,Kaabah,Kota Makkah.
66

