Page 73 - Modul Pendidikan Islam Prasekolah
P. 73

Click Here & Upgrade
                   Expanded Features
       PDF
     Documents
                      Unlimited Pages
     Complete



                            TAJUK   :  SIFAT RASULULLAH - SIFAT AMANAH

                   AKTIVITI  1

                   MASA                             :  30 minit


                   TUNJANG UTAMA                    : Kerohanian, nilai dan sikap – Pendidikan
                                                       Islam


                   STANDARD                            (P.I.4.1.2) Menyebut  akhlak Rasulullah
                   PEMBELAJARAN                     :  s.a.w: Amanah


                                                       Komunikasi – Bahasa Malaysia,
                   TUNJANG LAIN YANG                : Keterampilan
                   DISEPADUKAN

                                                       Murid dapat menyatakan sifat amanah
                   OBJEKTIF                         :
                                                       Rasulullah s.a.w
                   KONSEP / KEMAHIRAN               : Amanah sifat terpuji

                   ALATAN                           : Buku cerita


                   LANGKAH PENGAJARAN:

                   1.    Murid memulakan pembelajaran dengan bacaan Doa Belajar.


                               EéªìoDæÍ#EéÂèÊô±#ÑìÆöµçmèkDæÍ Eéªì±EæÅ#EéÂö¾ì©#ÑìÅègúm#òOæk



                   2.   Guru meletakkan gula-gula di atas meja. Setiap murid diminta
                        mengambil sebiji gula-gula. Murid diminta duduk di tempat masing-
                        masing dan meletakkan gula-gula tersebut di hadapan mereka. Guru
                        memeriksa setiap gula-gula yang ada pada murid untuk mengaitkan sifat
                        amanah. Guru menjelaskan sifat murid yang mengambil sebiji gula-gula
                        adalah bersifat amanah.

                   3.     Guru menyampaikan cerita mengenai sifat amanah Nabi Muhammad.


                            Semasa Nabi Muhammad s.a.w remaja, baginda telah diberi amanah
                         ´
                         oleh Siti Khadijah untuk menjalankan perniagaannya. Siti Khadijah
                         seorang ahli perniagaan yang kaya raya. Apabila Nabi Muhammad ikut
                         berniaga, perniagaan Siti Khadijah mendapat keuntungan yang banyak.
                         Dengan sifat amanah baginda menyerahkan semua hasil perniagaannya
                         kepada Siti Khadijah, Siti Khadijah amat berpuas hati, terhutang budi
                         dan sayang kepada Nabi Muhammad.´

                         Inilah sifat amanah Nabi Muhammad yang kita sayangi dan menjadi
                         kebanggaan umat Islam. Kita hendaklah mencontohi sifat amanah Nabi
                         Muhammad.
                                                           69
   68   69   70   71   72   73   74   75   76   77   78