Page 82 - Modul Pendidikan Islam Prasekolah
P. 82
Click Here & Upgrade
Expanded Features
PDF
Documents
Unlimited Pages
Complete
TAJUK : ADAB SELEPAS MAKAN
AKTIVITI 8
MASA : 30 minit
TUNJANG UTAMA : (PI 4.2.6) Kerohanian, Nilai dan Sikap
STANDARD : Menyatakan Adab Selepas Makan
PEMBELAJARAN
TUNJANG LAIN YANG : Komunikasi – Bahasa Malaysia
DISEPADUKAN
OBJEKTIF : Murid dapat menyatakan Adab Selepas Makan
KONSEP / KEMAHIRAN : Amalkan adab Islam dalam kehidupan
ALATAN : Carta Adab Selepas Makan, gambar, gam
LANGKAH PENGAJARAN:
1. Murid memulakan pembelajaran dengan bacaan doa belajar.
EéªìoDæÍ#EéÂèÊô±#ÑìÆöµçmèkDæÍ Eéªì±EæÅ#EéÂö¾ì©#ÑìÅègúm#òOæk
2. Murid mengamalkan adab sebelum dan adab semasa makan di ruang
makan.
3. Guru menerangkan adab selepas makan:
• Makan sehingga habis makanan yang diambil, jangan
tinggal walaupun sedikit makanan yang boleh dimakan.
• Jangan caci makanan seperti mengatakan makanan ini
tidak sedap.
• Kutip sisa makanan.
• Tinggalkan tempat makan dalam keadaan bersih.
• Basuh peralatan makan.
• Basuh tangan.
• Ucaplah terima kasih kepada penyedia makanan.
• Lafazkan alhamdulillah dan doa selepas makan.
4. Guru menyebut adab selepas makan diikuti oleh murid-murid.
5. Murid melakukan simulasi adab selepas makan yang dipelajari.
78

