Page 85 - Modul Pendidikan Islam Prasekolah
P. 85
Click Here & Upgrade
Expanded Features
PDF
Documents
Unlimited Pages
Complete
TAJUK : SAYA BOLEH MAKAN, SAYA TAK BOLEH MAKAN
AKTIVITI 11
MASA : 30 minit
TUNJANG UTAMA : Kerohanian, nilai dan sikap – Pendidikan Islam
STANDARD (PI 4.2.8) Membezakan makanan Halal dan
PEMBELAJARAN : Haram
TUNJANG LAIN YANG : Komunikasi – Bahasa Malaysia, Sains dan
DISEPADUKAN Teknologi
Murid dapat membezakan makanan Halal dan
OBJEKTIF :
Haram
KONSEP / KEMAHIRAN : Orang Islam
ALATAN : Kad gambar
LANGKAH PENGAJARAN:
1. Murid memulakan pembelajaran dengan bacaan doa belajar.
EéªìoDæÍ#EéÂèÊô±#ÑìÆöµçmèkDæÍ Eéªì±EæÅ#EéÂö¾ì©#ÑìÅègúm# òO æk
2. Guru menunjukkan bungkusan makanan yang mengandungi logo halal.
3. Guru menerangkan peranan tanda halal pada bungkusan makanan
tersebut.
• Halal dimakan oleh orang Islam
4. Guru menunjukkan gambar makanan dan minuman yang haram
dimakan.
5. Guru menjelaskan itu adalah makanan/ binatang yang dilarang dalam
Islam memakannya
6. Murid diberi beberapa keping gambar dan diminta mengasingkan
gambar-gambar binatang / makanan yang halal dan haram dimakan.
7. Guru mengingatkan murid supaya berhati-hati bila memilih makanan, kerana kita
hendaklah mengambil makanan yang pasti halal sahaja untuk membina daging
dan darah bagi tubuh kita. Daging yang dibina daripada makanan dan
minuman yang haram Allah akan membakarnya dengan api neraka.
81

