Page 22 - 17 Buku Panduan Guru Pendidikan Islam KSPK - 28 OGOS 2018
P. 22
UNIT 3
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PENDIDIKAN ISLAM DI PRASEKOLAH
3.1 Pengenalan
Pelaksanaan PdP di prasekolah sewajarnya menyeronokkan, menarik minat dan
melibatkan semua murid secara aktif. Oleh yang demikian, GPI perlu mengenal
pasti strategi PdP yang sesuai untuk murid prasekolah. Pemilihan strategi PdP
hendaklah mengambil kira tahap perkembangan, keperluan, kebolehan, bakat dan
minat murid. GPI juga perlu mengambil kira penggunaan bahan sumber, kesediaan
murid dan tempoh masa dalam menentukan strategi PdP yang dipilih.
3.2 Cadangan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
GPI disaran supaya menggunakan pelbagai strategi PdP yang berpusatkan murid,
menyeronokkan dan kreatif di kelas prasekolah untuk menarik minat murid belajar.
Setiap strategi PdP yang dipilih boleh dilaksanakan di dalam atau di luar kelas sama
ada secara kelas, kumpulan atau individu. Terdapat pelbagai strategi PdP yang
boleh dilaksanakan oleh GPI seperti:
(i) pembelajaran berpusatkan murid
(ii) belajar melalui bermain
(iii) pembelajaran berasaskan inkuiri
(iv) pendekatan bersepadu
(v) pendekatan bertema
(vi) pembelajaran masteri
(vii) pembelajaran kontekstual
(viii) pembelajaran berdasarkan kepelbagaian kecerdasan
9

