Page 17 - 17 Buku Panduan Guru Pendidikan Islam KSPK - 28 OGOS 2018
P. 17

Dalam  menyediakan  RPT  Pendidikan  Islam,  GPI  perlu  mengambil  kira  perkara

                berikut:
                 (i)  Fokus Pendidikan Islam dalam KSPK (Semakan 2017)

                 (ii) Peruntukan waktu Pendidikan Islam iaitu 120 minit seminggu


                GPI perlu menyesuaikan fokus Pendidikan Islam dalam KSPK dengan peruntukan

                masa yang dicadangkan bagi memastikan semua komponen  dapat diajar dalam
                tempoh  persekolahan.  RPT  juga  perlu  mengandungi  Standard  Kandungan,

                Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi serta cadangan strategi PdP yang
                bersesuaian dengan fokus Pendidikan Islam.





                2.3 Rancangan Pelajaran Harian


                Rancangan  Pelajaran  Harian  (RPH)  merupakan  terjemahan  RPT  yang

                mengandungi  sekurang-kurangnya  maklumat  seperti  objektif,  cara  hendak

                mencapai objektif dan kenyataan sejauh mana objektif itu tercapai (SPI Bil. 3/1999).
                RPH yang disediakan juga perlu mengambil kira tahap perkembangan murid dalam

                aspek kognitif, afektif dan psikomotor.


                Penulisan  objektif  dalam  RPH  perlu  jelas,  boleh  diukur,  realistik,  selari  dengan

                Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang dipilih serta mengambil kira
                tempoh masa yang diperuntukkan bagi satu slot PdP. Penulisan RPH juga perlu

                mengandungi  cara  hendak  mencapai  objektif  iaitu  langkah-langkah  atau  aktiviti
                yang  akan  dilaksanakan  semasa  PdP.  Kenyataan  sejauh  mana  objektif  tercapai

                hendaklah dicatat selepas PdP dilaksanakan.
















                                                            4
   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22