Page 23 - 17 Buku Panduan Guru Pendidikan Islam KSPK - 28 OGOS 2018
P. 23
3.3 Contoh Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
KSPK (Semakan 2017) mengesyorkan pelbagai strategi PdP untuk pelaksanaan
di kelas prasekolah. GPI perlu kreatif dalam memilih strategi yang bersesuaian
dengan fokus, Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Pendidikan Islam.
Perancangan yang bijak bagi strategi yang dipilih dapat memastikan pelaksanaan
PdP lancar, berkesan dan bermakna. Beberapa contoh aktiviti berdasarkan strategi
PdP dijelaskan seperti berikut:
3.3.1 Al-Quran
Aktiviti 1: Kenali Huruf Hijaiyah
Strategi: Pembelajaran masteri
1. GPI membahagikan huruf hijaiyah kepada beberapa kumpulan seperti
berikut:
a) Kumpulan 1: ba, ta, sa
b) Kumpulan 2: jim, ha, kha
c) Kumpulan 3: dal, zal
d) Kumpulan 4: ra, zai
e) Kumpulan 5: sin, syin
f) Kumpulan 6: sad, dad
g) Kumpulan 7: ta, za
h) Kumpulan 8: ain, ghain
i) Kumpulan 9: fa, qaf
j) Kumpulan 10: alif, kaf, lam, mim, nun, wau, ha, hamzah, ya, lam alif
2. GPI boleh menggunakan bahan seperti doh, straw dan lain-lain untuk
membentuk huruf hijaiyah.
3. GPI juga boleh menggunakan kad imbas huruf hijaiyah dan lembaran
kerja bagi mengukuhkan pemahaman murid tentang huruf hijaiyah.
4. Apabila penguasaan murid terhadap huruf hijaiyah bagi satu kumpulan
sudah kukuh, GPI boleh memperkenalkan baris atas, bawah dan
hadapan.
10

