Page 3 - Peraturan Pertandingan Sukan Futsal
P. 3
PROGRAM PENINGKATAN KERJAYA
PEGAWAI TADBIR NEGERI JOHOR, KEDAH, KELANTAN & TERENGGANU 2019
6.3 Senarai peserta yang disahkan semasa Mesyuarat Pengurus Pasukan adalah
MUKTAMAD.
6.4 Kehadiran mesyuarat pengurus pasukan ini adalah WAJIB. Kegagalan
berbuat demikian boleh dikenakan denda oleh penganjur sebanyak RM 300.00
(Ringgit Malaysia: Tiga Ratus Sahaja)
7. SISTEM PERMAINAN
7.1 Undang-undang permainan hendaklah mengikut undang-undang terkini yang
berkuatkuasa, sebagaimana yang telah diputuskan oleh Undang-undang FIFA
serta telah diterima oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)
7.1.1 Pakaian
a) Semua pemain hendaklah didaftarkan mengikut nombor jersi
yang dipakai sepanjang kejohanan dan senarai pemain
hendaklah diserahkan kepada urusetia kejohanan lima belas
(15) minit sebelum perlawanan pertama bermula.
b) Setiap pasukan dikehendaki mendaftar sekurang-kurangnya 1
set jersi berlainan warna dan bernombor. Jika pengadil
perlawanan berpendapat bahawa jersi kedua-dua pasukan
adalah sama atau hampir sama, maka pasukan yang
dicatatkan kemudian di dalam jadual perlawanan dikehendaki
menukar warna jersi atau memakai ‘beep’ bagi perlawanan
tersebut.
c) Penjaga gol hendaklah memakai jersi warna yang berbeza
daripada pemain- pemain yang lain dan juga pengadil.
d) Semua ketua pasukan hendaklah memakai lilitan lengan yang
nyata di lengan kiri jersi. Sekiranya ketua pasukan digantikan,
maka lilitan lengan yang tersebut hendaklah diserahkan pula
kepada pemain yang mengambil alih sebagai ketua pasukan.
3
Sekretariat Program Peningkatan Kerjaya
Pegawai Tadbir Negeri Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu 2019

