Page 4 - Peraturan Pertandingan Sukan Futsal
P. 4

PROGRAM PENINGKATAN KERJAYA
                        PEGAWAI TADBIR NEGERI JOHOR, KEDAH, KELANTAN & TERENGGANU 2019



                                         e)  Kontinjen digalakkan mencetak logo masing-masing pada jersi

                                            atau t-shirt yang dipakai setiap perlawanan

                              7.1.2  Format Pertandingan


                                     Jawatankuasa       Teknikal    dan     Pertandingan      PROGRAM

                                     PENINGKATAN  KERJAYA  PEGAWAI  TADBIR  NEGERI  JOHOR,
                                     KEDAH,  KELANTAN  &  TERENGGANU  2019  mempunyai  hak
                                     menentukan format pertandingan dan jadual pertandingan berasaskan

                                     kepada pengesahan jumlah pasukan.


                                         a)  Seorang  pemain  hanya  dibenarkan  mewakili  satu  pasukan
                                            sahaja.  Jika  terdapat  seorang  pemain  yang  pasukannya
                                            kalah/menang dan kemudiannya bermain untuk pasukan lain

                                            maka penyertaan kedua-dua pasukan yang berkenaan adalah
                                            dibatalkan.


                                         b)  Jumlah  minima  pemain  dalam  satu  pasukan  bagi  setiap
                                            perlawanan ialah 3 orang tidak termasuk cedera. Pasukan yang
                                            bermain kurang daripada 3 orang dalam sesuatu perlawanan

                                            akan dibatalkan perlawanan tersebut dan akan diisytihar kalah.
                                            Pasukan lawan yang mempunyai cukup pemain di atas padang

                                            akan diberi kemenangan percuma dengan jumlah jaringan 3-0.

                                         c)  Pertukaran pemain melalui pertukaran terbang – semua pemain

                                            kecuali penjaga gol masuk dan keluar secara bebas, pertukaran
                                            penjaga gol mesti di buat apabila bola keluar dari permainan
                                            dan  dengan  perhatian  pengadil.  Pemain  yang  keluar  mesti

                                            keluar  gelanggang  terlebih  dahulu  sebelum  pemainan
                                            simpanan masuk.


                                         d)  Mana-mana pemain yang telah digantikan dibenarkan bermain
                                            semula  dalam  perlawanan  tersebut  termasuk  mengambil

                                            tendangan penalti.


                                                                                                         4
               Sekretariat Program Peningkatan Kerjaya
               Pegawai Tadbir Negeri Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu 2019
   1   2   3   4   5   6   7   8   9