Page 8 - Peraturan Pertandingan Sukan Futsal
P. 8
PROGRAM PENINGKATAN KERJAYA
PEGAWAI TADBIR NEGERI JOHOR, KEDAH, KELANTAN & TERENGGANU 2019
✓ Jika keputusan perlawanan awal di antara
mereka seri maka Jawatankuasa pertandingan
akan menentukan keputusan dengan tendangan
penalti ’sudden death” atau ”toss of coin”
(mengikut kesesuaian semasa)
✓ Bagi perlawanan Peringkat Kalah Mati,
sekiranya berkesudahan dengan seri, maka
pemenang akan ditentukan dengan tendangan
penalti mengikut peraturan – peraturan yang
ditetapkan di para 7.1.3.
✓ Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan
Futsal PROGRAM PENINGKATAN KERJAYA
PEGAWAI TADBIR NEGERI JOHOR, KEDAH,
KELANTAN & TERENGGANU 2019 akan
menentukan keputusan dan keputusan adalah
MUKTAMAD.
7.1.6 Bilangan Pemain Yang Tidak Mencukupi
a) Sekiranya mana-mana pasukan kekurangan pemain apabila
Pengadil memerintahkan supaya perlawanan dimulakan pada
waktu yang dijadualkan maka pasukan berkenaan tidak layak
bertanding dan Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan
Futsal PROGRAM PENINGKATAN KERJAYA PEGAWAI
TADBIR NEGERI JOHOR, KEDAH, KELANTAN &
TERENGGANU 2019 akan membuat keputusan yang mana ia
adalah MUKTAMAD.
7.1.7 Penangguhan Perlawanan
a) Jawatankuasa pertandingan akan memutuskan kedudukan
perlawanan yang ditangguhkan oleh pengadil kerana tidak
dapat dijalankan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
8
Sekretariat Program Peningkatan Kerjaya
Pegawai Tadbir Negeri Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu 2019

