Page 9 - Peraturan Pertandingan Sukan Futsal
P. 9

PROGRAM PENINGKATAN KERJAYA
                        PEGAWAI TADBIR NEGERI JOHOR, KEDAH, KELANTAN & TERENGGANU 2019


                                            Dalam  membuat  keputusan,  perkara-perkara  berikut  adalah
                                            diambil kira.


                                         b)  Jika perlawanan diberhentikan dalam separuh masa pertama
                                            dan  Jawatankuasa  pertandingan  berpendapat  perlawanan

                                            tersebut  tidak  boleh  diteruskan  lagi  maka  keputusan
                                            perlawanan  akan  ditentukan  dengan  cara  sistem  tendangan

                                            penalti, tanpa mengambilkira sebarang jaringan diperolehi oleh
                                            kedua-dua pasukan dalam separuh masa pertama.


                                         c)  Jika  perlawanan  diberhentikan  selepas  separuh  masa  kedua
                                            dan  Jawatankuasa  pertandingan  berpendapat  perlawanan

                                            tersebut tidak boleh diteruskan lagi maka jaringan gol yang telah
                                            diperolehi sehingga perlawanan diberhentikan akan diambilkira.
                                            Pasukan  yang  mempunyai  lebihan  jaringan  gol  akan  diberi

                                            kemenangan.  Walau  bagaimanapun,  jika  masa  perlawanan
                                            diberhentikan,  kedua-dua  pasukan  terikat  dengan  kedudukan
                                            seri  maka  keputusan  perlawanan  akan  ditentukan  dengan

                                            sistem tendangan penalti.

                                         d)  Jika perlawanan diberhentikan atas sebab-sebab disiplin (kad

                                            merah)  dan  hanya  tinggal  2  orang  pemain  sahaja  di  atas
                                            padang, kemenangan 3-0 akan diberi kepada pihak lawan

                   8.  BANTAHAN

                       8.1    Sebarang bantahan hanya boleh di buat oleh Pengurus Pasukan sahaja dan

                              hendaklah  di  buat  secara  lisan  kepada  Pengadil  yang  bertugas  ketika  itu.
                              Kemudian tersebut hendaklah di kemukakan secara bertulis kepada Pengerusi
                              Jawatankuasa  Teknikal  Pertandingan  Futsal  tidak  lewat  30  minit  selepas

                              tamat pertandingan tersebut. Surat Bantahan hendaklah ditandatangani oleh
                              Pengurus Pasukan dengan disertakan bersama wang pemprosesan berjumlah
                              RM 1,000.00 (Rnggit Malaysia: Seribu Sahaja). Wang tersebut tidak akan

                              dikembalikan  samada  bantahan  tersebut  berjaya  atau  ditolak  oleh
                              Jawatankuasa.





                                                                                                         9
               Sekretariat Program Peningkatan Kerjaya
               Pegawai Tadbir Negeri Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu 2019
   4   5   6   7   8   9   10