Page 310 - KOMPILASI PBL (PROJECT-BASED LEARNING) VERSI PKP PPD TAWAU
P. 310
Soalan Kandungan 3.Siapakah tokoh-tokoh pejuang yang melancarkan
penentangan ke atas penjajah British?
4.Bagaimanakah pejuang tempatan melancarkan
serangan ke atas pendudukan British di negara kita?
5. Jelaskan kesan penentangan pejuang tempatanke
atas pemerintahan British.
6.Bagaimanakah British menangani penentangan
daripada kalangan pejuang tempatan?
7.Beri cadangan bagaimana sebagai generasi muda
memelihara kedaulatan negara yang telah dikecapi
kini?
Proses Pembelajaran
Fasa Perancangan • Perbincangan dengan pelajar melalui talian
whatsup/telegram.
• Guru akan berkongsi bahan panduan PBL dan
deksripsi tugasan kepada pelajar/kelas yang
disasarkan.
• Sedia takwim untuk menjadi panduan dan skop
masa pelaksanaan, perbincangan pelajar dengan
ahli keluarga/guru untuk mereka membuat
keputusan menentukan produk PBL.
• Mengumpul maklumat daripada pelbagai bahan /
sumber dengan menjadikan rubrik penskoran guru
sebagai panduan.
Fasa Pelaksanaan • Daripada maklumat dan info yang dikumpul, pelajar
mula mencipta produk dan yang berkaitan dengan
bantuan ahli keluarga.
• Setiap proses pelaksanaan akan dibuktikan oleh
pelajar melalui rakaman gambar.
• Pelajar mengisi borang penskoran kendiri dan
ditunjuk kepada guru untuk perbincangan.
• Pelajar akan membuat penambahbaikan
berdasarkan perbincangan dengan guru, dan
dibuat dalam skop masa yang ditetapkan awal
dalam takwim.
Fasa Penilaian • Pelajar menghasilkan produk dalam bentuk
maujud, sesuai dengan perancangan dan
perbincangan awal.
• Pelajar membentangkan produk dalam bentuk
rakaman video.
• Pelajar membuktikan hasil adalah kerja tangan
mereka sendiri atau dengan bantuan ahli
keluarga.
Kaedah Pentaksiran 1. Pentaksiran kendiri
2. Penilaian guru mengikut rubrik penskoran.
Instrumen Pentaksiran • Lembaran pentaksiran kendiri / refleksi
yang digunakan kendiriSenarai semak
• Gambar aktiviti
• Rubrik penilaian tugasan PBL versi PKP 310

