Page 51 - KOMPILASI PBL (PROJECT-BASED LEARNING) VERSI PKP PPD TAWAU
P. 51
Fasa Pelaksanaan 1. Guru memberi arahan berkenaan ujikaji
percambahan biji benih kepada murid melalui Group
Whatsapp kelas.
2. Guru menekankan bahawa ujikaji ini adalah terdiri
daripada 2 fasa yang berturutan dan mereka perlu
berhati-hati semasa melakukan ujikaji bagi
mengelakkan gangguan terhadap fasa
perkembangan tumbuhan, supaya hasil ujikaji ini
menepati objektif sebenar ujikaji. Arahan
disampaikan melalui video bergambar supaya murid
faham apa yang perlu dilakukan dan objektif sebenar
ujikaji ini.
3. Murid diberi masa 1 minggu untuk melengkapkan
tugasan 1.
4. Selepas keputusan ujikaji 1 diperoleh, murid diminta
untuk memindahkan anak benih daripada ujikaji 1 ke
dalam 3 bekas berlainan bagi memulakan ujikaji 2.
5. Tiga bekas tersebut akan ditandakan A, B dan C dan
diletakkan di tiga tempat berasingan. Bekas A
diletakkan di tempat terbuka dan disiram setiap hari.
Bekas B di tempat terbuka tetapi tidak disiram dan
perlu dielakkan daripada terkena hujan atau air.
Manakala Bekas C pula diletakkan di dalam almari
dan perlu disiram setiap hari.
6. Murid diberi Jadual Pemerhatian bagi membantu
mereka merekodkan setiap perkembangan
tumbuhan dalam bekas A.
7. Ujikaji ini perlu dijalankan selama 21 hari dan
perekodan perkembangan tumbesaran tumbuhan
perlu dilakukan setiap tiga hari dari aspek bilangan
daun, ketinggian, lilitan batang dan saiz daun.
8. Bagi bekas B dan C, teruskan pemerhatian sehingga
hari ke 21 untuk merekodkankeputusan.
51

