Page 7 - KOMPILASI PBL (PROJECT-BASED LEARNING) VERSI PKP PPD TAWAU
P. 7
DARI MEJA EDITOR
Assalamualaikum, Selamat Sejahtera dan Salam Sabah Hebat Katakan Tidak Pada
Nombor 16! PPD Tawau Ikhlas Memacu Kecemerlangan.
“Musibah Membawa Hikmah”, begitulah tajuk lagu yang dinyanyikan oleh Marsha Milan
sempena Hari Kebangsaan Malaysia 2020, yang membawa erti tersendiri bagi dunia
pendidikan khususnya warga pendidik di Tawau. Covid-19, pandemik yang melanda
memberi musibah di mana sekolah ditutup yang menyaksikan pengajaran dan
pembelajaran secara bersemuka tidak dapat dijalankan . Namun begitu, pengajaran
dan pembelajaran tetap perlu dilaksanakan walaupun secara maya atau secara jarak
jauh. Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Projek (Project Based Learning - PBL)
dipilih sebagai alternatif pendekatan pedagogi yang dapat memenuhi pengajaran dan
pembelajaran sempena Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Teknik PBL
merupakan pembelajaran berpusatkan pelajar, memerlukan masa untuk disiapkan,
merentasi kurikulum dan melibatkan kemahiran pelbagai . Melalui PBL pelajar disajikan
dengan kemahiran abad ke-21 yang meraikan kebolehan, kemahiran berfikir,
mencungkil bakat pelajar di samping berinteraksi dengan isu dan amalan dunia
sebenar.
Hikmahnya, ratusan bahan artifak dan produk telah dihasilkan oleh pelajar yang
dihantar ke PPD Tawau daripada peringkat prasekolah hingga pra- Universiti seluruh
daerah Tawau. Dalam ratusan bahan hasil artifak dan produk pelajar yang diterima,
pihak editor telah berusaha sedaya upaya meneliti dan memilih yang terbaik untuk
dijilid. Pendek kata, kami mendapat inspirasi daripada ratusan bahan yang diterima
untuk menghasilkan kompilasi kali ini. Kompilasi PBL Versi PKP PPD Tawau ini
mengandung 6 bahagian iaitu, PBL Prasekolah, PBL Sekolah Rendah Tahap 1, PBL
Sekolah Rendah Tahap 2, PBL Menengah Rendah, PBL Menengah Atas, PBL Pra-
Universiti dan PBL Istimewa . Pembahagian sedemikian dilakukan untuk memudahkan
para guru merujuk kategori yangberkenaan.
7

