Page 8 - KOMPILASI PBL (PROJECT-BASED LEARNING) VERSI PKP PPD TAWAU
P. 8

Kami selaku barisan editor, memohon maaf sekiranya terdapat

           kekurangan dalam kompilasi ini, kami telah berusaha sebaik mungkin untuk
           memastikan kualiti kompilasi ini berada pada tahap selayak dijadikan rujukan

           pelaksanaan PBL . Kami bersyukur kerana akhirnya e-Book Kompilasi PBL Versi PKP
           PPD Tawau berjaya disiapkan hasil kerjasama semua pengetua, guru besar, guru dan

           para pegawai Pendidikan Daerah Tawau. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
           juga kepada Barisan Panel Editor e- Book Kompilasi PBL JPN Sabah terutama kepada

           Puan Sylvia Miting (pegawai SISC+ PPD Kota Marudu) atas segala bimbingan, nasihat,
           dan tunjuk ajar yang diberi. Bimbingan profesional yang dihulurkan merupakan resipi

           yang membolehkan banyak masalah diselesaikan dalam kadar segera. Penghargaan
           juga ditujukan kepada Pengetua Cemerlang, cikgu Jackson Siga atas perkongsian “
           Teknik PBL10 “ secara Online Webinar.




            Akhir sekali, semoga usaha ini memberi manfaat kepada seluruh warga pendidik
           Tawau yang akhirnya memberi impak positif terhadap kualiti pengajaran guru dalam
           usaha melahirkan pelajar mempunyai kemahiran abad ke 21 seperti bekerjasama ,

           berfikir secara kritikal, berkomunikasi dan berjaya mencipta artifak dan produk sesuai
           dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, melahirkan modal insan yang holistik.




           Sekian dan terima kasih.































                                                                                                  8
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13